Wednesday, January 15, 2014

KEJAP JE !

Sudah masuk dua minggu aku kerja.
Banyak sangat aku belajar.

Posing dulu

Bapak arr besar gambar.
.....
.....

Paling aku tak boleh tahan mak bapak masuk ke kedai semata-mata nak beli tablet untuk anak
sedih pedeyy aku dengar mak dia citer.
Tapi riak muka maknya hanya dua benda

YA!

Dua benda je
Senyum dan Gelak

Sama jugak ayahnya.

Aku jugak turut tersenyum.

Senyum kambing.

Maksud aku dua-dua.

Kambing gurun dan Kambing biri-biri.

Mak dia menceritakan. Anak dia buang tablet dalam tong sampah. Itupun lepas mak dia cari dimanakah tablet tersebut.

Sebab?!

" Sloww tak best main "
-anak-

Seingat aku-lah!, Keriangan melihat si ayah dan ibu beli Samsung Tab 3. 

Latest Model.

Untuk
 "Anak"

Jelas tergambar dalam ruang fikiran aku rupa bentuk urat dahi si ayah. Jelas tergambar penat lelah Si ibu dalam senyuman.

Sebenarnya bukan satu kisah tapi banyak kisah.
semua tentang keluarga. Kasihan aku Melihat

Itu baru dua minggu aku kerja.

Walaupun aku hanya bekerja di kedai phone.
Hanya aku seorang melayu yang lain semua cina.
Aku tidak kisah, aku mahu pengalaman.

" Kalau kau orang hormat aku, Aku hormat kau orang darjat tertinggi bhai! "
-khairulsyarafi-

dan 

Satu lagi kawan aku nak pesan.


Ingat!

Sekian!

Sunday, January 12, 2014

PHOTOMANIPULATION : MEK ONIE





Kali ini aku persembah artwork header manipulasi gambar bertemakan pantai. Barangkali?. Tempahan dari blogger. Blogger Kelantan. Made in Kelantan!. Sebenarnya aku kekurangan idea tika waktu ini. Sebab tu aku banyak bertanya pada Mek Onie. Maaf ya 


Sejak dua menjak ini akujadi lebih suka menyendiri. Habis kan masa dengan keluarga. Kerja kat kedai phone.

Barangkali ?

Sekian.

Sunday, January 5, 2014

IMBASAN

Kadang-kadang teringat jugak tahun 2013, maklumla banyak perkara terjadi tahun 2013. Pantas bak halilintar puaka lajunya masa.

Terimbas satu artwork aku tak publish, 


Artwork alam terimbas kembali, artwork bagi poster presentation untuk geng robot JMTI, kategori Firefighting. 'Shoboushi' nama robot mereka. 

Yang lepas biarkan lepas. Ambil yang jernih buang yang keruh. Jangan biarkan hidup dikuasai manusia. Jangan biarkan jiwa menderita. Buat apa disukai. Janji agama pegang. Jangan Langgar.

Sekian.

Friday, January 3, 2014

ARTWORK PERTAMA 2014 : "FANTASY"


Maknanya bolehlah bukak portfolio artwork baru bagi tahun 2014 ni. Yang lama kena simpan. Beratus-ratus artwork aku simpan dalam portfolio. Tapi yang jenuhnya nak asingkan satu-satu. Tapi kalau aku upload kat internet buat portfolio boleh ke? . Bukan apa. Kadang-kadang rasa macam tak selamat je. Maklumlaaa, sekarang jenayah tiru-tiru ni makin ramai. Makin lama, makin ramai penjenayah. Kih3.

Artwork aku kali ini bersempena tema 'Fantasy'. Aku anjur buat artwork bertemakan 'Fantasy' atau 'Fairy Tail' kat group WLA. Terus-terus je bermaya tengok WLA. Tapi mungkin semalam je kot. Nasib baik ada sambutan jugak semalam. kih3. Saja Test kat WLA. Masih bernyawa n hidup lagi group tu. Terima Kasih kawan-kawan yang memberi feedback kat group tu.

Original Tone
Blue Vintage Tone
Kalau bab-bab tona aku masih mempelajarinya. Agak Sukar nak dapat tona!. Amat Susah walaupun dah ada tutorial kat internet, tapi itu perlukan pengalaman. Curve lagi, Level lagi, Selective Color lagi. Pening gua!. Pening-pening lalat pun ado.

Komposisi gambar asal.
Harap maaf ini adalah model cap kaki tiga jadi gayanya macam 20 sen jela. Camera pun cap 30 sen je. Tak jauh sangat beza je. 10 sen je beza. Artwork lagi arr 10 sen je jadi. Cincai-cincai je kali ini.

Sekian.

Thursday, January 2, 2014

2014 : FLASHBACK HEADER CAP KUACI

 Entri pertama bagi tahun 2014.

Nak buat azam tapi azam tahun lepas tak habis lagi..

" Azam aku ? "

"Jadi aku berazam mahu menghabiskan azampada tahun 2013 yang diazamkan mahu menghabiskan azam pada tahun 2012, di mana azam-azam tersebut dibuat pada tahun 2011. "

haha

Entri awal tahun kali ni aku tak nak imbas kembali tahun 2013 sahaja. Aku mahu luaskan skop aku. Aku nak imbas semua sekali. Aku nak imbas Header aku dulu. Bila aku bukak balik portfolio aku lama-lama, aku gelak sorang-sorang kuat-kuat!

HEADER TAHUN 2013
#1 : Bertemakan Ruang Monolog aku buat satu karya adaptasi dari karya agung band "Butterfinger". Gua bagi respek tahap 5 bintang band ni. Sungguh memberi inspirasi pada aku. Inspirasi berdarjat. Darjat Tertinggi.


#2 : Yang ini pula sebenarnya asalnya poster untuk hari raya. Tapi mahu dijadikan ceritera kebarangkalian jadi pula header blog. Salah satu agenda aku mahu bermanipulasi gambar sebenarnya. Takda agenda takda poster. Tak wujud poster, tak wujud header yang sedang bermaharajalela di blog aku ni.

HEADER TAHUN 2012

#1 : Teringat pula zaman-zaman pergi jamming dengan kawan-kawan. Kami snap-snap gambar. Dalam 1000 gambar dapat 1 gambar lawa takdak muka. Datang idea. Dengan olahan manipulasi gambar. Terhasil satu karya

#2 : Yang ni header berlandaskan cebisan memori-memori aku je. Semoga memori-memori aku tak hilang.

 #3 : Sebenarnya yang ini evolusi dari header atas. Diupgrade sikit je :)


#4 : Waktu ini blog aku bukan nama 'Ruang Monolog', masa ni zaman 80-an lagi. Haha. Nama Blog aku 'Blog Raja Typo'. Sebab masa ni aku paling banyak typo dalam group WLA. Sempena tu aku ubah nama. Dapat nama Superfi. Tapi itu Dulu. Dulu.


#5 : Yang ni aku tak pasti untuk header blog ke FB. Sebab yang ni aku guna sekejap je sebab aku macam tak berkenan je. Reject! Reject! Reject!

HEADER TAHUN 2011
#1 : Waktu ni zaman header besar gedabak, chat box dekat header. 'Jiwaku' nama blog aku. Zaman kegemilangan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Tema superhero barangkali waktu ini. Rindu gila. Gila pun tarak Rindu.

 #2 : Serupa jugak header diatas. Besar Gedabak. Chatbox kat header. Warna Warni. Meriah pom pam pom pam. haha. Masa ini pemkiran aku 3D sedikit. Semua belajar sendiri tarak cikgu punya.


#3 : Header paling lama ni. Legend. Siap menang award dari blogger dulu header ni. Simple is Better right!. Tapi ada lagi header lagi lama usia dari ini. Aku lupa dah buh mana. Haha
 ------------------------------

Setakat ini jelah header aku nak tunjuk. Banyak lagi tapi tak terdaya kudrat tangan aku nak taip panjang-panjang. Internet bukan kuasa 99 ni tapi kuasa 0.009. Nak upload banyak-banyak boleh meletup Modem nanti.

Semua ini hasil usaha aku Belajar sendiri di laman sesawang je. Tak ada Guru. Guru aku macam biasa En. Google je. Lu mau, Lu usaha. Prinsip aku. Kalau tanya aku jawab dengan ikhlas je. Cuma kalau tanya sampai nak mintak tolong aku suapkan, aku jugak nak kunyahkan. Malah Telan pun nak aku jugak. Tak Patut-Tak patut.

" Pesanan Aku "

*kantoi aku iron meng...

Sekian.