Kechek ooo kechek. Itulah nama panggilan atau timangan sejak aku sekolah menengah lagi. Haha memang tak boleh nak lari dengan gelaran itu dengan tubuh badan aku yang rendah ni. Ye laa nak lari kemana lagi, nak lari ke hutan belantara. Takda lah aku nak lari ke hutan baik aku buat duit lagi best.
haha
Sewaktu aku di institut pun jugak orang panggil aku kechek. Rindu pun ada. Terngiang-ngiang merdu pulak jadinya bila dah sebati dengan panggilan ni. Rindu kawan-kawan seperjuangan. Sama juga sewaktu berpraktikal di kilang. Seperti biasa orang pun panggil aku kechek. Sampaikan satu tahap, bila ada je manusia bertanyakan nama. Aku menjawab dengan nama betul aku dan secara automatik aku suruh diorang panggil je aku "Kechek".
*kedengaran gelak sinis*
Sekarang hidup aku penuh dengan aktiviti troll-mentroll. Istilah baru. Mungkin?. Yelah! kawan-kawan aku semua dah start kerja di kilang-kilang hebat! Aku? kerja kedai 'Phone" sudah memadai. Yang penting ilmu dan keseronokan sewaktu bekerja. Bila kerja kedai phone, banyak betul kerenah customer yang bajet-bajet macam tahu tapi tak pun.
Mula-mula depa sembang bergegar kedai.
*depa bajet serba tahu*
Aku balas balik begegar satu Temerloh.
*kita tanya balik soalan yang depa tak tahu*
" Ada bran ? "
Sebab tulah orang cakap, nak cakap sesuatu kena tengok orang. Tengok orang bukan guna mata. Guna mata hati.
Macam praktis Kung-fu da.
Tak tahu diam, Kalau tahu pun lebih baik diam.
Win-Win Situation
Terdapat kelibat Phone berharga RM99
Harga Murah dan sudah terang lagikan bersuluh phone sebijik macam nokia 3310
Kastemer : Phone ni boleh masuk air ?
Aku : Boleh je, Isi dalam plastik, Ikat, Selam.
Aku dan kastemer saling pandang memandang sambil bersenyum-senyum kambing dan merenung ke masa hadapan.
Aku pun dah lari tajuk ni.
Aku nak mintak pendapat korang nama yang sesuai kalau nak branding.
Boleh ?
Sekian.