Friday, March 30, 2012

HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU

Salam SUPER READER

Hari ni hari jumaat WOI!!, hahaha

baju -checked-
laptop -checked-
duit -kaching!!-

haha, macam nak pergi haji kan?, taklaaa sebenarnya aku nk balek kampung dekat 3 bulan dah tak balik kampung, seronok tak terkira hari ni, haha, tapi kawan-kawan aku dah balik semalam lagi, mungkin mereka sedang berseronok dan bersuka ria bersama family diorang, tapi esok gilirann aku pulak :)

tiket -checked-



tapi masalahnya sekarang ni aku perlukan penjimatan semaksima mungkin, sebab nak KOMPOL duitlaa, nanti masa hari susah kalau tak dak duit camana, kadang-kadang setiap perkara yang berlaku memberi pengajaran jugakkan?, lebih baik kita mencegah dahulu semasa sempat ni,

semalam jugak merupakan malam yang paling bosan, jd nk isi kekosongan punya pasal, hehe, sempatlah jugak aku berkarya, tgk movie ngan kawan yang tak balik

hak cipta terpelihara

:)

Wednesday, March 28, 2012

" MY GENERASI "

Salam SUPER READER

" MY GENERATION "


apa pendapat korang selepas tengok video ni, memang terasa gila duduk zaman sekolah rendah dulu, nasib baek aku dilahir pada zaman 90an, sebab aku lalui situasi seperti video ni, memang nostalgia lah, tapi budak zaman sekarang ada lagi ke camni?

Kalau bahagian main lawan pemadam, fuuuuh!!! penuh satu bekas pensil, haha, korang nk pemadam saiz aper, bendera ke tak?, gambar apa?, warna apa?, semuanya ada sampai ada pangkat lagi pemadam tuh. Rambang mata pun ada. Kalau dulu pemadam satu bekas pensil tapi sekarang da berlainan pemadam selalu jer ilang. Terpaksalah pinjam yang kawan

Pastu main "Pepsi Cola", balik jer umah kasut putih jadi kasut itam macam kasut pengawas, hahaha, memang tak kisahlah kasut kotor asalkan menang je. Tapi sekarang kalau kita terpijak kasut kawan sikit terus kita kena marah sambil buat muka paling tak boleh blah =__=''

Kalau ikutkan macam-macam lagi nostalgia yang berlaku, tapi semua tu pengalaman dan kenangan yang indah. Bukan senang nak dapatkan pengalaman yang begitu berharga.

:)

Tuesday, March 27, 2012

"USAHA, MAIN, BELAJAR SAMA-SAMA"

Salam SUPER READER
tinggal 4 hari lagi untuk bermulanya cuti sem...waaa!!!, tak sabar giler nak balik, sbb ada streamyx..kih3, nak jumpa mama, rindu gila kat mama, serius!!, nak maen game online ngan adik, muahahaha, kami kaki gamer!!, muahahah, jangan jeles =__=''

sebelum seronok-seronok cuti sem tapi test macamana, haha, bersedia atau tidak kita redah saja dinding itu, haha, tapi sebelum redah mesti ilmu tu penuh didada kan...kan...kan?, baru syok nak redah, usaha main peranan besar kat sini, kalau tak berjaya ini bermakna masih kuranglah usaha korang.

Kalau malas senang jer ubatnya, main game, err, main game tu biarlah berpada-pada, jangan jadi macam aku. Bila main game orang sekeliling pun tak sedar kewujudan mereka, haha, jadi jom ubah sama-sama.
"Usaha sama-sama, Dapat sama-sama, Main sama-sama, Belajar sama-sama"



:)

Saturday, March 24, 2012

APPRECIATE!!!

Salam Super Reader
walaupun video ni dah lama aku masih nk tunjuk


" hargai orang penting bg korang sebelum diorang tiada "

memang sedih video ni, memang kebiasaan orang yang selalu bersama kita, kita tidak pernah menghargai mereka padahal mereka lah yang selalu membantu kita iaitu KAWAN, tetapi bila dah tiada barulah kita menyesal kerana ketiadaan mereka disamping kita.

betul ke tidak? 

" :) "

Monday, March 19, 2012

MANUSIA BERTOPENG


 Salam Super Reader
Korang pernah pakai topeng?, cba korang pakai topeng senyap-senyap pastu pegi kat kawan korang sambil pegang pisau. Pastu slow-slow korang pergi kt kawan korang ugut diorang tolong belikan keropok lekoq, rasa - rasa diorang takut tak?, fi rasa dye tumbuk korang balik adalaa, hehe
P/S :: Gunakan pisau mainan tau :P

Motif fi buat topeng ni adalah nk bagitau, manusia ni seperti pakai topeng laa, kita tak boleh nak jangka apa yang mereka fikir, kejap-kejap berubah, makin banyak manusia makin banyaklaa ragamnyaa, betul tak?, sebenarnya memang sukar untuk betul-betul mengenali manusia.

Betul ke tidak, tu semua atas pengalaman korang sendiri, sebab fi da rasa dan buat kajian, ceewaah!!, kajian lah sangat, Kadang-kadang kita sendiri pun berubahkan? haaa, jawab cepat!!

" Walau orang buat jahat camana pun kat kita, kita mesti buat baik pada orang, sabar :) "

jangan lupa klik ni (klik sumer tau :P)

Friday, March 16, 2012

DAFT PUNK VERSI AKU

Salam Super Reader
Waaah...wahhh.waaah...,akhirnya boleh pon update blog ni, aku rindu gler kot kt blog ni, tgk tuu laju jer tgn aku menaip, jam menunjukkan pukul 6:30pagi dan aku masih ak tidur, ni semua adalah gara-gara cicak mati accident lah nie, hehe, aku gurau jer. Sebenarnya dah sebulanku tak ngadap Encik Photosop..ops photoshop. Tapi tiba - tiba malam ni rasa nk tukar Profile pic n icon aku plak..hehe,


Nak tukar jadi ape?
*dengan bergaya* Mestilah pakcik cleaner, eh bukan2, mestilah pakcik kantin, ok fine :P

Aku nk pakai icon
" DAFT PUNK "



korang kenal ke sapa ni, ni sebenarnya adalah band techno zaman dulu, kalau korang tgk band ni bapak style kot, sebab baju diorang pakai dgn sebijik hemlet...ops, helmet ala-ala "GABAN" @ " TRON ", Aku tengok terus berminat ngan band ni, ngan lagu-lagu techno diorang yang hebat.

dan ni plak DAFT PUNK versi aku..haha



Maafkan Fi dengan penulisan yang agak mengarut ni, sebab dah lama dah tak update blog, otak pon kena perah siket nk buat ayat

jangan lupa klik sini
http://my.churpchurp.com/khairulsyarafi/share/Agent77