Thursday, July 3, 2014

INSPIRASI OTAK!

deep!
Terima Kasih Bro! Semangat aku naik dengar ' OTAK ', Terima Kasih Sekali Lagi!
Kadang-kadang terasa jugakla rindu nak duduk dengan orang hebat seperti kalian.

"Kecik!"

terngiang-ngiang di 'OTAK' ku kalian memanggil aku.

" Bahagia aku barangkali "

Panggilan yang sama.
Budak kelas, Geng-geng robot, Tempat Praktikal. Semualah boleh dikatakan termasuk bos tempat kerja aku dulu. Bila lagi kita nak bersama. Banyak sangat kenanga tapi aku je yang buat lupa. Hehe

Hidup perlu diteruskan. Berjalan pun kedepan. Ada ke Orang Kayuh Basikal Kebelakang.

Bak kata Pepatah

"Kasi Pagi Makan Pagi, Kais Pasir Jumpa T**k Kucing."
*takda kena mengena*

cari sendiri mana satu aku (gamba lama)
" Aku Berharap aku berada dalam Kalangan Orang Yang Hebat-Hebat Seperti Ini Lagi. "

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku Mahu Update Illustrasi Yang Ditempah Sudah Selesai

Mie Hishammudin
Syuhada Rahmat
Tempahan Masih Dibuka
P/s: Tapi Kena Tunggu Turn.



Tuesday, July 1, 2014

T-SHIRT DESIGN

Sebenarnya Aku Tak Ada Modal Nak Update Blog, Bercampur Gaul Dengan Penyakit Malas Semakin Besar Menular. Takpa Malas Semakin Berkurang Dah Sebenarnya. Hehe. 

Dan

Aku nak tanya satu soalan.



?????

Takpa-takpa kita berbalik pada topik Kita.

1. 'Fuh.My' T-SHIRT CONCEPT
Design Ini Sebenarnya masuk contest Fuh.my, tapi kaloh. Haha. Dakpe-dakpe belajor. Mungkin warna, ataupun mungkin melibat kos kalau buat baju.



2. 'I AM ENGINEER'
Yang ini pula tempahan dari kawan aku sendiri, bukan tempahan sebenarnya, tolong je, haha. Kawan-kawan jangan berkira sangat. Design dari beliau hanyalah skecth di atas kertas sahaja asalnya.


Klik gambo nak tengok jelas
Overal Aku rasa nak buat design baju tak sesusah buat logo dan target aku mahu menuntut ilmu dalam buat logo. Logo paling payah aku rasa. Perlukan Maksud untuk satu Logo.

Tapi

Aku sendiri pon tak ada logo lagi

Haha!

p/s : sapa curi artwork aku nama dia dolah

Sunday, June 29, 2014

SALAM RAMADHAN

Amacam Hari Pertama Puasa ?. Aku dah nyaris-nyaris nak minum air. Bukan sekali tapi banyak kali. Aku Pun Nyaris je nak berhenti kedai mamak nak pegi minum tadi. Aduhai, lemah sungguh aku ni. 

" Kena semayang lebih la ni. "

Sahur camana korang? Takkan hari pertama dah tak sahur kot!.
Terawih camana korang? Takkan hari pertama dah tak terawih kot!.

Alhamdulillah aku masih lagi berdaya.

" Tapi terawih pun terawih jugak, jangan pulak nak ngada selfie-selfie masa terawih. Karang ada orang kena libas dgn monopod Tok Imam karang. Tak Pasal-pasal masuk surat khobar. Dapat publisiti murahan lagi. "

Aku taknak cakap panjang-panjang, karang kena cop atas dahi jadi ustaz pulak kang. 
Haha.

Aku nak cakap pendek je.

"Selamat Berpuasa"

P/S : aku tak buat poster pon.
*malas

Meh Aku Payung Korang Video Faradyable



Wednesday, June 25, 2014

RANDOM. CONCEPT. ILLUSTRATION.

First Concept

T-shirt Concept

Second Concept

T-Shirt Concept

Harap Maaf semua design kat post ni di tambah effect 'Noise' sebab tu nampak macam television hitam putih tiada siaran. HeHe, Untuk tujuan eksperimentasi sahaja sebenarnya. Jikalau Cik Adik Manis Mahu Melihat Yang Tiada Noise Silalah ke Profile Behance saya.


Minggu ni sahaja aku habiskan masa study bab Design Baju, Nak Buat Illustrasi. Ini je aku dapat. Sungguh #butthurt. Payah!. Ni baru bab Design Baju. Tak masuk lagi Bab Design Logo. Mesti lagi #butthurt. Maaf diatas penggunaan hashtag aku yang #butthurt. 

Tapi sebenarnya aku dah masuk dah kitab Logo serba sedikit. Dari segi Font, Bentuk dan Rupa, Kedudukan, Imaginasi, Idea, Kajian dan banyak lagi dipelukan untuk hasilkan satu logo yang menggamit minda dan jiwa raga basikal

-Bab Kata Pepatah 'Troll'-

" Ia Diibaratkan Seperti Makan dan Menelan Kentang Goreng (fries) Yang Sejuk Tanpa Sos "

Berdarah Anak Tekak Woi!!.

Sekian.

Sunday, June 15, 2014

"JIKA JIWAKU SEORANG ROBOT"

"Jika Jiwaku Seorang Robot"

Assalamualaikum.
Karya Manipulasi dari aku lagi, karya ini lama jugaklah aku nak siapkan sebab aku amalkan konsep tangguh-tangguh. Haha. Jangan tiru. Bahaya jikalau ditiru kau Jah!. Sebenarnya dah lama aku nak update tapi maklumlah kesibukan melanda.

Setelah aku berjaya memberhentikan aku dari kerja, Dapat lah aku update blog sambil aksi gaya bebas kuak lentang. Kerja dah berhenti. Belajar kena sambung balik. Banyak lagi aku perlu belajar. Tersangat Banyak.

" I'm Lack of Knowledge and I'm Starving For It "
-Tok Bilal-

Ayat atas ni kena baca ala-ala singa tak dapat makan sebulan. Baru Feel sikit. Sampai disini sahaja hubungan kita. Eh! silap!. Aku nak out dulu banyak kerja perlu di'Settle'kan.

P/S : Kalau ada masa komenggglaa..sob3...haha

Saturday, March 1, 2014

LONE SAMURAI : THE UNEXPECTED JOURNEY


" LONE SAMURAI : THE UNEXPECTED JOURNEY "
by : khairulsyarafi

Sebuah manipulasi berceritakan tentang samurai moden. Moden ke?.  Sesat di tengah padang pasir. Mencari hala tuju sebenar beliau. Halangan demi halangan ditempuhi. Pengakhiran?. Mungkin ada atau tidak. Tiada rasanya. Yang hidup perlu diteruskan. Pengkhiran bagi setiap yang benyawa sedah tentu adalah mati.

Model tidak berbayar juga sebenarnya. Maklumla mana ada modal nak upah model ni. Jimat masa. Jimat Duit. Jimat segala-gala. Cuma tinggal idea.

Karya manipulasi tahun ini. Julung buat kali pertama aku buat. Tiba-tiba rasa ada mood. Sukar bagi sebenarnya nak keluarkan idea. Sebab?. Penyakit M ada. Takpa-takpa secara perlahan-lahan aku naik. Kawan-kawan seperjuangan aku dah naik. Naik mendadak. Aku sahaja di takuk lama.

Takpa janji rezeki mahu halal lagi berkat. Faham?.

Sekian.

Tuesday, February 18, 2014

PHOTO RETOUCHING

Selamat pagi semua, aku dah lama tak hapdet blog. Motif aku cakap ?. Sangkakala pun tak dapat menjawab. Aku dalam proses mengasah teknik sebenarnya. Aku sibuk bekerja sampai tidak sempat menjenguk jendela ruangan monolog ini. Nasib baik ada seseorang yang menemani aku. Terima Kasih. 

Photo Retouching adalah merupakan istilah bagi teknik memperkemaskan gambar yang telah diambil. Segala jenis aneka rekahan bumi pada muka akan hilang termasuk jerawat. Juga merupakan teknik yang memerlukan kesabaran tahap cipan. Cipan pun tak sampai tahap ni. Haha

Aku pun masih di tahap paling rendah
Sedang mencari ilham dan masa untuk tajamkan.

P/s : Model tak berbayar
" Ilmu seseorang bukan dari fizikal. Ingat ? "
-khairulsyarafi-

Sekian

Thursday, February 13, 2014

#WELOVEARTS


Ini kalau printout buat jadi baju nii, Ini makannyaa!!! Haha, Sudah sekian lama aku tidak menulis, maklumlah sibuk dan dicampuradukkan pula dengan malam. Penyakit M. Penyakit M juga menular bila aku bukak potosop. Haha

Mungkin ini konseptual sahaja. Aku nak naikkan design takda masa. Siang kerja. Malam Tido.

"Nampak tak Permainannya"

Sekian.

Saturday, January 25, 2014

DULU LAIN SEKARANG LAIN

Masih aku ingat dahulu kala amat payahlah nak edit-edit ni.Yela kemudahan tak ada, internet pun macam kura-kura yang sedang makan nasi. Sekarang mudah kat internet berlambak tutorial. Tulis je kat google kuar terus. Encik google ni memang pandai buat silap mata. Kan?

Sebenarnya malam ni aku nak buat tutorial tapi takda mood pulak. Mood betul-betul ke laut. Bukan ke laut dah tapi dalam laut dah.

Nampak tak permainan dia.

gambar hiasan
Sekarang mudah pakai Apps je kat play store. Cucuk-cucuk skrin. Nokhorom. Ada jambang dah aku. Kalau dulu kena buat layer sampai beratus-rauts. Manual pulak tuh. Tu kalau yang tahu potosop. Kalau yang pakai paint je. Acano?!. Terburai isi perut. Buasir otak dibuatnya. Tapi sekali tengok gambar ni.

*gelak besar*

Sekian.

Friday, January 24, 2014

DESIGN BLOG BLOGLIST 'RUANG MONOLOG'


Malam ini aku nak rasmi pembukaan blog bloglist aku, nak asingkan bloglist-bloglist lama aku. Sebab nampak macam serabut je duduk kat blog ni bloglist tu. Jadi asingkan. Aku menggunakan konsep minimalistik dan long shadow. Kalau boleh nak simple lagi ni. Maklumlah zaman design flat sekarang.

Bloglist juga akan aku update sapa nak masuk bloglist bagitau jela aku jenis ON je!. Tapi bloglist tak update lagi kat blog bloglist. Bloglist lama aku tak akan buan kecuali yang berbulan bulan bulan tak update.

http://ruangmonologbloglist.blogspot.com/

design blog bloglist aku
 Kalau boleh banyak-banyak aku nak bubuh bloglist.

Aku pun tengah fikir, tutorial apa nak buat ni. Basic banyak sangat ni nak ajar kau orang semua.
"Any Suggestion ?"

Sekian.

Wednesday, January 22, 2014

KECHEK OOOO KECHEK

 Kechek ooo kechek. Itulah nama panggilan atau timangan sejak aku sekolah menengah lagi. Haha memang tak boleh nak lari dengan gelaran itu dengan tubuh badan aku yang rendah ni. Ye laa nak lari kemana lagi, nak lari ke hutan belantara. Takda lah aku nak lari ke hutan baik aku buat duit lagi best.

haha

Sewaktu aku di institut pun jugak orang panggil aku kechek. Rindu pun ada. Terngiang-ngiang merdu pulak jadinya bila dah sebati dengan panggilan ni. Rindu kawan-kawan seperjuangan. Sama juga sewaktu berpraktikal di kilang. Seperti biasa orang pun panggil aku kechek. Sampaikan satu tahap, bila ada je manusia bertanyakan nama. Aku menjawab dengan nama betul aku dan secara automatik aku suruh diorang panggil je aku "Kechek".

*kedengaran gelak sinis*

Sekarang hidup aku penuh dengan aktiviti troll-mentroll. Istilah baru. Mungkin?. Yelah! kawan-kawan aku semua dah start kerja di kilang-kilang hebat! Aku? kerja kedai 'Phone" sudah memadai. Yang penting ilmu dan keseronokan sewaktu bekerja. Bila kerja kedai phone, banyak betul kerenah customer yang bajet-bajet macam tahu tapi tak pun.

 Mula-mula depa sembang bergegar kedai. 
*depa bajet serba tahu*

Aku balas balik begegar satu Temerloh.
*kita tanya balik soalan yang depa tak tahu*

" Ada bran ? "

Sebab tulah orang cakap, nak cakap sesuatu kena tengok orang. Tengok orang bukan guna mata. Guna mata hati. 

Macam praktis Kung-fu da.

Tak tahu diam, Kalau tahu pun lebih baik diam.

Win-Win Situation

Terdapat kelibat Phone berharga RM99
Harga Murah dan sudah terang lagikan bersuluh phone sebijik macam nokia 3310

Kastemer : Phone ni boleh masuk air ?
Aku : Boleh je, Isi dalam plastik, Ikat, Selam.

Aku dan kastemer saling pandang memandang sambil bersenyum-senyum kambing dan merenung ke masa hadapan.

Aku pun dah lari tajuk ni.

Aku nak mintak pendapat korang nama yang sesuai kalau nak branding.

Boleh ?

Sekian.

PHOTOSHOP TUTORIAL #2: PENGGUNAAN 'BRIGHTNESS AND CONTRAST'


 Brightness and Contrast ?

" Apakah itu fungsi 'Adjusment' 'Brightness and Contrast' ?. Sebenar teknik ini tidak sesuai bagi tujuan 'Edit' gambar. Kerana ia mengubah gambah secara keseluruhan warna. Tetapi teknik ini juga boleh digunakan menaik tona atau 'Mood' sesebuah gambar. "

*nota kaki : Sila hiraukan model tidak berbayar ini*

Langkah-langkah 

--------
*krik3*
--------

PENERANGAN BAGI SLIDER BRIGHTNESS DAN CONTRAST

Pada setting adjustment terdapat dua slider.

1. Brightness Slider
 - Sekiranya 'Slider' ke Kiri kuantiti bayang (Shadow) pada gambar bertambah atau bahagian gelap gambar bertambah.      
 - Sekiranya 'Slider' ke Kanan bahagian kecerahan (Highlight) pada gambar bertambah atau bahagian cerah gambar bertambah.

2. Contast Slider
 - Sekiranya 'Contrast slider' diubah akan mengubah kadar kontra tona pada gambar secara keseluruhan sama ada bertambah atau berkurang.




Oleh itu, ubahlah slider 'Brightness dan Contrast' ikut sesedap rasa anda. Yang Paling penting buatlah ekperimen banyak-banyak sampai lawa tapi jangan terlebih pulak. Simple-simple cukup. Hanya sekadar menaikkan tona warna. 

Hasilnya.

*photoshop level 99*
Langkah-Langkah Intensif Yang Wajib Diambil

1. Hiraukan model tak berbayar ni.
2. Yang penting misai Wak Doyok ada.
3. Gambar diambil dengan camera cap ayam itik kambing suma ada.

" Enjit-Enjit Semut Siapa Sakit Naik Atas, Jangan Ketinggalan Nanti Melepas, Kita Semua Perlu Tekad "
-Butterfinger-

Sekian.

Monday, January 20, 2014

PHOTOSHOP TUTORIAL : GRADIENT MAP (EFEK VINTAGE) PART 2


Tutorial kali ini adalah sambungan dari tutorial sebelum ini.
Bagi yang terlepas, bolehlah ye ikuti dahulu tutorial Part 1


---------------------------------------------------------------------

VINTAGE #3



 Step 1,2 dan 3 adalah sama seperti 'Part 1'.

TETAPI
berbeza pada Step 4 dan Step 5



STEP #5
1. Klik pada icon berbentuk kubah
2. Klik pula pada 'Color' dan ubah kod warna kepada ' #072b3c '
3. Ulang langkah 1 dan 2 dengan mengubah kod warna ' #d8ffd0 '
4.icon berbentuk kubah tersebut dipanggil 'Color Stopper', Untuk menambah icon tersebut hanya klik dimana titik yang anda mahu di nombor 4.
5. Ulang langkah 1 dan 2 dengan menggunakan kod warna " #a97b52 "
*rujuk gambar*
Ekstra!
" Cara Menambah 'Color Stopper' "
 *pilih sahaja kawasan yang ditanda merah*

Itu sahaja tutorial kali ini, Mungkin selepas ini disusuli pula dengan tutorial lain seperti 'Contrast and Brightness' juga menggunakan adjustment layer. Penggunaan Adjustment Layer adalah salah satu kaedah yang dipanggil 'Non-Destructive' method. Ini bermakna teknik ini tidak merosakkan gambar asal. Malah ia flexible dan boleh di'Masking.
Cubalah membuat eksperimentasi dengan kaedah ini dengan menggunakan warna lain. Aku pun dah penat nak menaip. Esok kerja. Mahu menghadap muka kastemer nak beli smart fone. 
*menguap*
Sekian.

PHOTOSHOP TUTORIAL : GRADIENT MAP (EFEK VINTAGE) PART 1


Penggunaan 'Gradient Map' adalah merupakan salah satu fungsi untuk menaikkan tona warna pada sesebuah gambar. Kebiasaanya digunakan untuk menampakkan tona warna pada gambar. Bagi Tutorial kali pertama ini, Aku akan menurunkan ilmu 3 tona warna bagi kesan efek 'Vintage.

" Stok gambar yang digunakan "

-Perbandingan antara gambar asal dan Kesan Tona 'Vintage'-


VINTAGE #1



 " Sekiranya keliru "
1. Logo seperti bulan Hitam separuh dan putih Separuh itu adalah 'New Adjustment Layer'


STEP #5
1. Klik pada icon berbentuk kubah
2. Klik pula pada 'Color' dan ubah kod warna kepada ' #000039 '
3. Ulang langkah 1 dan 2 dengan mengubah kod warna ' #fccc88 '
4. Setelah Selesai klik ' OK '
*rujuk gambar*


Langkah Terakhir
Siap!

Berikut adalah setting bagi efek Vintage 2 dan efek Vintage 3
*Langkah kerja adalah sama*

VINTAGE #2


*Tetapan warna bagi Step#5*

Sampai di sini sahaja dahulu sesi tutorial, Tetapan bagi vintage #3 di lain hari pula kerana ada pertambahan step pada efek ke-3. Puas aku memikirkan cara bagi kau orang semua faham dengan tutorial kali ini. Harap dapat beri tunjuk ajar sekali andai aku tersilap. 

Jikalau kau orang tidak faham, tanya je terus. Aku sedia menjawab soalan cepu emas kau orang. 

Sempat aku selitkan iklan 8Share, andaikata kau orang rajin, kliklah dengan muka redha.


Terima Kasih.
Sekian.

Saturday, January 18, 2014

TEMPAHAN KARIKATUR DARI SEORANG RAKAN SEPERJUANGAN


Tempahan dari rakan seperjuangan, Lukisan buah hatinya.
Mungkinlah
.........

Aku pun tak ada lagi buah hati
Paling 'Noob' gila-gila bab-bab cinta ni
Paling Amatur gila-gila arh.
Sebab aku malu dengan pompuan.
   
Dan

Satu lagi jangan nak terlalu pandang rendah pada seseorang. 
 Ni tengok je dah nak gelakkan orang.
Paling takleh blah depan orang ramai.

Tapi bila Sang Pendiam berkata-kata, 
Si pelawak dan Si Penonton juga terkesima terkebil-kebil 
dan

" Bertukar Posisi Menjadi Sang Pendengar. "

" Jangan percaya kata mereka, Sudah ku kenal pasti, Kau pujaan hati "
-Butterfinger-

Sekian
 

Wednesday, January 15, 2014

KEJAP JE !

Sudah masuk dua minggu aku kerja.
Banyak sangat aku belajar.

Posing dulu

Bapak arr besar gambar.
.....
.....

Paling aku tak boleh tahan mak bapak masuk ke kedai semata-mata nak beli tablet untuk anak
sedih pedeyy aku dengar mak dia citer.
Tapi riak muka maknya hanya dua benda

YA!

Dua benda je
Senyum dan Gelak

Sama jugak ayahnya.

Aku jugak turut tersenyum.

Senyum kambing.

Maksud aku dua-dua.

Kambing gurun dan Kambing biri-biri.

Mak dia menceritakan. Anak dia buang tablet dalam tong sampah. Itupun lepas mak dia cari dimanakah tablet tersebut.

Sebab?!

" Sloww tak best main "
-anak-

Seingat aku-lah!, Keriangan melihat si ayah dan ibu beli Samsung Tab 3. 

Latest Model.

Untuk
 "Anak"

Jelas tergambar dalam ruang fikiran aku rupa bentuk urat dahi si ayah. Jelas tergambar penat lelah Si ibu dalam senyuman.

Sebenarnya bukan satu kisah tapi banyak kisah.
semua tentang keluarga. Kasihan aku Melihat

Itu baru dua minggu aku kerja.

Walaupun aku hanya bekerja di kedai phone.
Hanya aku seorang melayu yang lain semua cina.
Aku tidak kisah, aku mahu pengalaman.

" Kalau kau orang hormat aku, Aku hormat kau orang darjat tertinggi bhai! "
-khairulsyarafi-

dan 

Satu lagi kawan aku nak pesan.


Ingat!

Sekian!

Sunday, January 12, 2014

PHOTOMANIPULATION : MEK ONIE





Kali ini aku persembah artwork header manipulasi gambar bertemakan pantai. Barangkali?. Tempahan dari blogger. Blogger Kelantan. Made in Kelantan!. Sebenarnya aku kekurangan idea tika waktu ini. Sebab tu aku banyak bertanya pada Mek Onie. Maaf ya 


Sejak dua menjak ini akujadi lebih suka menyendiri. Habis kan masa dengan keluarga. Kerja kat kedai phone.

Barangkali ?

Sekian.

Sunday, January 5, 2014

IMBASAN

Kadang-kadang teringat jugak tahun 2013, maklumla banyak perkara terjadi tahun 2013. Pantas bak halilintar puaka lajunya masa.

Terimbas satu artwork aku tak publish, 


Artwork alam terimbas kembali, artwork bagi poster presentation untuk geng robot JMTI, kategori Firefighting. 'Shoboushi' nama robot mereka. 

Yang lepas biarkan lepas. Ambil yang jernih buang yang keruh. Jangan biarkan hidup dikuasai manusia. Jangan biarkan jiwa menderita. Buat apa disukai. Janji agama pegang. Jangan Langgar.

Sekian.

Friday, January 3, 2014

ARTWORK PERTAMA 2014 : "FANTASY"


Maknanya bolehlah bukak portfolio artwork baru bagi tahun 2014 ni. Yang lama kena simpan. Beratus-ratus artwork aku simpan dalam portfolio. Tapi yang jenuhnya nak asingkan satu-satu. Tapi kalau aku upload kat internet buat portfolio boleh ke? . Bukan apa. Kadang-kadang rasa macam tak selamat je. Maklumlaaa, sekarang jenayah tiru-tiru ni makin ramai. Makin lama, makin ramai penjenayah. Kih3.

Artwork aku kali ini bersempena tema 'Fantasy'. Aku anjur buat artwork bertemakan 'Fantasy' atau 'Fairy Tail' kat group WLA. Terus-terus je bermaya tengok WLA. Tapi mungkin semalam je kot. Nasib baik ada sambutan jugak semalam. kih3. Saja Test kat WLA. Masih bernyawa n hidup lagi group tu. Terima Kasih kawan-kawan yang memberi feedback kat group tu.

Original Tone
Blue Vintage Tone
Kalau bab-bab tona aku masih mempelajarinya. Agak Sukar nak dapat tona!. Amat Susah walaupun dah ada tutorial kat internet, tapi itu perlukan pengalaman. Curve lagi, Level lagi, Selective Color lagi. Pening gua!. Pening-pening lalat pun ado.

Komposisi gambar asal.
Harap maaf ini adalah model cap kaki tiga jadi gayanya macam 20 sen jela. Camera pun cap 30 sen je. Tak jauh sangat beza je. 10 sen je beza. Artwork lagi arr 10 sen je jadi. Cincai-cincai je kali ini.

Sekian.