Sunday, January 27, 2013

HAMSTER LAPAR ATAU LAPAU ??

Klik Nak Besarkan
Percubaan Adobe Illustrator kali pertama, tetapi masih perlukan masa untuk biasakan shortcut dan belajar lagi. Tema design ilustrasi ini adalah
"Hamster Lapar"

Tema ini diambil sebenarnya diambil kerana aku pergi beli kuaci untuk hamster kesayangan dan kiut aku. Tapi yang peliknya bila aku bagi makan tak henti-henti makannya. Tapi ada yang lagi dahsyat, sebab last-last tuan dia yang makan kuaci tu sampai abiss

=__=''

amekkaw!!

CONTEST BLOG PALING CANTIK 2013


Assalamualaikum

Kali ini aku nak masuk Contest Blog Paling Cantik 2013 pulak, dengar je da terasa auranya. Tapi aku tak tahu la blog ini dikategori sebagai blog cantik ke, hensem ke, cun ke, Choi!! ke.
*aku pulak yang perasan*

harap-harap merasa jugak jadi pemenang 
ahaha

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih


Assalamualaikum

Baru sahaja lepas dari berguling-guling di dunia maya Facebook, Ternampak pulak post dari pemilik blog yang Emas dia itu berwarna Putih (Emas Putih) sedang buat segmen Top Up. Oh sungguh comel pemilik blog Emas Putih ni. 

*Sila Jangan Perasan*
hehe

Ayat diatas tu dah best dibaca, harap-harap menanglah ye
......
*krik, krik, krik*

Friday, January 25, 2013

EDISI SEBELUM DAN SELEPAS

Lama tak hupdate, bahasa baru aku gunakan. Hahaha. Hari ini adalah hari bosan sedunia jadi aku ingin buat sedikit edisi sebelum dan selepas. Mesti korang tahu kan apa aku nak buat. 

WARNING!!
"Kalau Tidak Tahu, Sila berguling-guling berirama beramai-ramai."
-syarafi-


EDISI SEBELUM DAN SELEPAS

SEBELUM
Ini adalah kejadian setelah disumbat dengan makanan versi MAMA, disebabkan mama menjagaku dengan kasih sayang, dan memberikan masakannya yang enak aku telah berjaya pada peringkat 
TADIKA berirama 


SELEPAS
Ini pula adalah kejadian selepas disumbat-sumbat dengan makanan dewan makan versi ASRAMA, disebabkan itu apabila CUTI berirama inilah aku jadinya.

"sebenarnya entri kali ini aku nak rasmi logo dan watermark aku dibuat khas oleh abang shukri"
-syarafi-

KICK BUTTOWSKI
-secara berirama dan tiba-tiba-


Tuesday, January 8, 2013

UFO PHOTO MANIPULATION

 WeeeeWooooWeeeeWoooo
maaf itu bukan bunyi ambulan ye, sila jangan salah anggap, itu adalah bunyi

U.F.O
*diam sebentar*

Amekkaw!!
klik gambar nak tgk depan skrin

Manipulasi kali ini bertemakan UFO, Alien yang sibuk bekerja, mahu pulang ke tanah airnya untuk membawa balik 1001 kenangan yang telah terukir, Modelnya adalah Abang Shukri Ismail. Di requestnya malam semalam, Jadi kena terima kerana masta bagi tugasan.

Tugasan terakhir sebelum pulang ke tempat belajar. Perlu gunakan masa yang ada sebelum pulang. Esok dah nak balik ke pulau pinang!!, Kembali masak dengan masalah.Tak apalah masalah mengajar.

Gambar Stok Yang Digunakan



Enjit - Enjit Semut
Sapa Sakit Naik Atas
Usah Buang Masa Itu Emas
Lupakanlah Yang Dah Lepas
 -butterfinger-

Ini bukan Syair,
Ini bukan Monolog.
Ini Lirik lagu.

kah3!!
 
 Sekian
Kick Buttowski!!
*secara sengaja!*



Monday, January 7, 2013

IRON MAN VESPA CONCEPT DESIGN

selesai sudah edisi menenung laptop sampai terbakar,
sekarang adalah edisi memicit-micit papan kekunci sampai tembus pulak,
jangan adakan edisi cucuk smartphone dengan kaya dah laa

choi!!
*lawak petang-petang*
lawak pagi-pagi takda ka??

Amekkaw!!
klik gambar nak tengok besar-besar
 MARK VESPA 1
Iron Man Vespa Concept Design
by Khairulsyarafi arte e design

Entri kali ini menampilkan photomanipulation aku, durasi yang dihabiskan untuk menenung laptop sampai terbakar adalah 5-6 jam, aduh sampai ke bontot terasa bahang apinya .

 haha


Gambar Stok yang digunakan


caranya mudah sahaja letakkan sedikit bowang kedalam kualai sesedap rasa, kemudia letakkan sahaja dengan bekas garam sekali, tidak lupa juga kentang putar.
*typo sahaja diadakan*
eh?

caranya mudah sahaja, gunakan kesemua basic tool dalam photoshop kemudian terserah kepada tahap kekreatifan kamu, aku masih blom mencapai tahap supreme lagi ni. Masih perlukan masa untuk practice!

Sekian
 Kick Buttowski!!
*secara tiba-tiba dan tidak sengaja*

Saturday, January 5, 2013

PEMBUKAAN PORTFOLIO DESIGN 2013

Ya!, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, kalau ada nenek dengan atok-atok pon bole join tengok apa barang saya mahu jual, saya bukan mau apa, saya mau tunjuk, bersedia atau tidak kita bolos saja dinding ini!!

*Tiba-Tiba*

Errrr...

Amekkaw!!
 Aku tempek ni terus besar-besar

Sebagai permulaan portfolio 2013 ini aku bermula dengan design Typography, Design atas ini adalah latihan insentif bagi typography, banyak juga lagi perkara yang aku tidak tahu rupa-rupanya. Takpa jom sama-sama kita belajar typography ni. 3D lagii tau!!


Sebagai Latihan Insentif lagi aku buat satu lagi design yang sama untuk Group Teknologi Kejeruteraan Elektronik sesi Asas 2011.
Amekkaw!! sekali lagi!!
Nampak tak permainanya! Tidak mengapa aku akan terus mencari ilmu tanpa segan silu, bukan sambil tak pakai baju ye...

Eh!!

Sekian

Kick Buttowski!!
*secara Tiba-Tiba dan tidak sengaja*

Wednesday, January 2, 2013

WORDLESS WEDNESDAY : USTAZ AZHAR IDRUS



Bagus betul adik aku
Jawapan Bernas
Esok tunjuk kat cikgu ye adik 
Mesti cikgu bagi Fullmark

atauuuu
..............
..............
..............

 peace
:P

Tuesday, January 1, 2013

HEADER BARU!!

Adakah anda terkejut, ataupun anda tergaman, ataupun anda tersentak ataupun anda terpun pun, haha, Jangan risau aku ada sediakan ubat pelali cap anak gajah dibelah dua, supaya kasi hilang perasaan pun-pun korang tu. Baru syok nak baca entri syok-lah sangat ni kan?
 *mainan mimpi jela*

 Sempana 2013 ni, eh sempana pulak, cepat tenung aku sampai terbakar disebabkan kesilapan aku durjana ni!! haha. Baiklah, Sempena tahun baru ni aku pun nak juga benda baru. 

Maklumlah, kan ada kasut baru, baju sekolah baru, beg sekolah baru, pensel warna LUNA besar lagi tuh. Pemadam besar siap ada lambang negara lagi tuh, Dahsyat! Dasat! Dahset! Pui! Haha.
*adik aku la, bukan aku laa*

Aku pun nak jugak benda baru, Duit takdak, jadi kenalaa buat benda baru buat Sendirian Berhad jelaa, janji ada, bersyukur sudah

Jadi!
*muka tahan berak*

Dengan Ini!
*muka tahan kentut*

Aku buat jelaa header baru. Tu je aku nak cakap sebenarnya. Nak tengok tak header baru aku, Tak Payah! tu besau-besau dah ada kat atas tuh tuh tuh tuih!!

SIKIT-SIKIT TENTANG HEADER
*tiba-tiba* sikit-sikit lama-lama jadi bukit! *tiba-tiba*
 
Kick Buttowski!!
Header kali ni aku nak selaraskan dengan nama Blog aku "Ruang Monolog", Header ni menerangkan orang yang sedang bermonolog dan bergelumang dengan masalah. Dalam masalah itu terdapat orang ketika menambah lagi masalah. Orang ketiga mewakili tangan yang menutupi muka. Posisi tangan silang Tuan Punya Badan pula mewakili kekuatannya untuk melawan masalahnya. Sekian

 Gambar Stock yang Digunakan


Sikit je gambar stok yang aku guna, sebab "MALAS" haha, janji dah siap dan puas hati secuku rasa

Sekian sahaja dari aku.

Selamat Tahun Baru 2013 sekali lagi
*=__=*

JANGAN BIARKAN JARI TENGAH AWAK BERDIRI SENDIRIAN #SELAMAT TAHUN BARU



"Jangan Biarkan Jari Tengah Awak Berdiri Seorang Diri
Temankan Dia Dengan Jari Telunjuk
Agar Bole Mencapai Keamanan"

-iqbal othman-
 

Selamat Tahun Baru 2013 Kepada Semua
Design by Khairulsyarafi

Copyright Reserved
  

Hanya gambar dapat aku tampilkan pada hari pertama Tahun Ini
 Jangan ikut orang, ikut kata Hati, Tetap Pendirian, Tetap Agama
ASSALAMUALAIKUM