Tuesday, October 29, 2013

APABILA BERITA DI AUTO REMIXKAN


Ain't Nobody Get Time For That

Inilah yang akan berlaku sekiranya berita di remixkan. Di remixkan oleh channel youtube Parody Factory. Sungguh unik dan lawak. Tergelak sampai terkeluor gigi.

Saksikan berita asal
>Klik Sini<

Kalau tak jumpa jugak perkhidmatan 'google' kan ada, youtube pun ado. Haha

Sekian.

Saturday, October 26, 2013

TAK KAYA SEKARANG, KAYA ESOK YE DOP ?


" Mama paling memahami, ku merindui mu. "
Tika waktu susah, ku tetap mencari mu
Best mom in the world :')
paling sporting!!
-khairulsyarafi-




- Pencuri - Mark Adam -
Rasa nak layan lagu ni macam best je. Terdengar dalam radio tadi.

Sekian.

Sunday, October 20, 2013

MASKED RIDER W FANART BY KHAIRULSYARAFI

Hak cipta terpelihara
Dalam banyak-banyak siri 'Masked Rider', Masked Rider W aku berkenan sebab ada kebolehan guna dua elemen dalam satu badan dan satu masa. Akan tetapi kelemahannya bila Henshin guna dua orang, sorang jadi masked rider sorang lagi kena pengsan. Lebih kurang kena guna dua jiwa atau roh lah. 

Sebenarnya ini contengan malam ini, aku malas dah nak lukis tang baju dia, rumit dan aku takdak masa dah, masa makin lama makin kurang. Sejak hari ini aku ada mood pulak nak lukis ala-ala chibi tapi tak menjadi-jadi. Tidak mengapa aku cuba belajar dan berusaha dan terus berusaha.

Esok da start kerja balik #praktikal, malam ni aku nak enjoy puas-puas. Perasaan malas semakin hari semakin menjalar dalam diri aku. Apa nak jadi dengan aku. Makin menjadi-jadi malasnya. Haha.

" Don't find customers for your product, Find product for your customers.. "
-Seth Godin-
*secara tiba-tiba dan tidak kena mengena*

Sekian.

T-SHIRT DESIGN : GEEK REVOLUTION #1

hakcipta terpelihara 2013

Tiba-tiba, pagi - pagi buta lepas pekena teh tarik terasa di hati mahu design t-shirt. Design kali ini cai cin cai je.Kali ini aku tidak mahu mengenakan warna pada design ini kerana aku masih belum mencapai keberanian tahap maksima pada warna. Mungkin keyakinan aku masih kurang. Perlukan masa untuk pulihkan keyakinan aku dalam duni seni. 

Berkonsepkan seorang budak 'Geek' yang inginkan revolusi dunia geek!. Sentiasa berharap dan terus berharap. Aku pulak berharap dia berusaha. Kejayaan mungkin sukar dicapai tanpa usaha.

Serba sedikit tentang geek dan hipster
http://killerinfographics.com/projects/geek-vs-hipster
p/s : link ni bukan iklan jangan takut

T-SHIRT DESIGN : GEEK REVOLUTION #1

hakcipta terpelihara 2013
Design ini dikenakan pula dengan mockup t-shirt. Akan tetapi aku masih terasa kombinasi dari segi susunan masih lagi perlu dibaiki.

p/s : macam biasa jangan lupa klik nuffnang aku :P

Sekian.

Saturday, October 19, 2013

KARIKATUR GIVEAWAY BY ZAZA RUANG MONOLOG DAN SHEILA SALIM


Kali pertama aku berkolaborasi bersama blogger lain buat giveaway, aku macam biasa ni jela mampu aku sponsor, artwork cakar ayam aku, jemput join giveaway ini jikalau bernasib baik dapatlah artwork cakar ayam aku ni. Aku sebenarnya malas nak taip apa patut buat dan apa syaratnya. Nak join klik banner.
'Jom join ramai-ramai !!'

Tarikh tamat 23 oktober 2013

" p/s : Aku berharapa aku dapat anugerah orang paling malas dalam dunia suatu hari nanti dan aku berharap tumbuh secebis kerajinan dalam diri aku "
-jangan benci aku sudah-

Sekian.

Wednesday, October 16, 2013

MAIN SEJUK - SYURGA

Main Sejuk - Syurga

Jangan mengharapkan sesuatu yang tidak pasti walaupun kau orang semua menganggap ianya seperti di syurga. Dalam kitar hidup ini aku berhempas pulas untuk menghadapi segala dugaanNya. Simboliknya hidup ini seperti seurat benang yang bersimpul bersama rakan benangnya yang lain.

Kadang-kadang kau orang fikir, kau oranglah watak utama dalam sebuah cerita. Tapi sebenarnya org yang dibawah adalah watak utama. Dengan cemuhan, orang di bawah bangkit tunjuk potensi pada kadar penuh. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa bertukar menjadi angin sangkakala.

Jangan suatu hari nanti, kamu akan berselisih dengan orang bawah kamu berefekkan 'slow motion'. Pada kadar itu, kau orang melihat 'Beliau' sedang senang lenang dengan taburan idea bernas sehingga menggegarkan dunia itu. 

"7 keturunan kau orang gugur dan gementar dan 7 keturunan 'Beliau' akan berjaya"
-Penglipulara Jiwa Kelajuan-

Sekian.



Monday, October 14, 2013

STICKER DESIGN : D'DAPUR JISS HUSSIN


Oleh kerana ibunda tercinta meng'request' satu design sticker untuk tujuan perniagaan masakannya. Konsep Sticker ini di ilham berdasarkan warna fevretnya. Berjaya disiapkan dengan mengambil masa selama satu hari untuk menyiapkan. Mungkin juga boleh digunakan bagi tujuan logo.

design concept
Konklusinya, orang lain balik beraya aku masih disini sedang bersiap-siap mahu ke kerja, esok cuti tapi hari ini kerja malam. Oleh itu misi burung hantu akan bermula malam ini.

  "Kalau ada masa terluang kliklah jugak nuffnang aku, nak jugak merasa tabung nuffnang naik."
-HaHa-

Sekian.


Sunday, October 13, 2013

BOLEH BERHENTI AKU NAK BERAK, BOLEH TAK POLIS ?


" Kecek Molek! "
"Mende ? "
"Berkireee ?"

"Mu cakak Molek Natang Kang Aku Tembokk Mung"

" Kite Settle Luor Jom! "

"Natang"

"Motif aku share video ni bukannya ape, aku rindu keadaan di Terengganu dulu"
-syarafi-

Sekian.

Saturday, October 12, 2013

WEEZER - PERFECT SITUATION

 

























" Before Weezer there was a Weeze "
-Weezer-

Yang diatas janganlah pijak yang dibawah
 Yang dibawah pulak jangan pula biarkan anda dipijak.
Situasi Yang Sempurna!

Sekian.



Friday, October 11, 2013

SEGMEN REKA & MENANG BUTTON BADGE BY HUDA

klik banner nak join
Ku Pertaruhkan 1 Design 

Bapak besar adoi

Apabila dalam keadaan konsep Button Badge mungkin ia akan kelihatan seperti ini

guna mockup je..
Nota Kaki
Segala syarat telah ku penuhi

Sekian.

Tuesday, October 8, 2013

BLINK 182 - I MISS YOU





Bila dengar lagu ni, kembali ke zaman selepas era muzik-muzik bergenre Blues iaitu zaman-zaman Blink 182, Simple Plan. Banyak lagi sebenarnya. Sungguh hebat penangan Muzik mereka.

Legend!

Blink 182 - I MISS YOU
" American Rock Band formed in Porway, a suburb in San Diego, California in 1992 "

Bagi aku walaupun mereka band dari amerika, tapi loghat mereka ala-ala British, Aku suka! Biasalah aku kan peminat kipas susah mati band loghat-loghat British tapi aku orang Melayu.
 Tak Salahkan ?



Sekian.

Monday, October 7, 2013

DRUMMER INDONESIA RANI RAMADHANY


 

Sememangnya hebat bagi seorang perempuan yang pandai bermain drum. Seperti Rani Ramadhany, Warganegeri Indonesia. Berumur 19. Seorang yang cantik dan uniknya pandai bermain drum.

" Bermain Drum seperti makan kacang NganYin cap Ibu Jari. "
Bukan seperti kacang lupakan kulit sebab itu bawa maksud lain.
Haha

Bagi Aku pula kalau main drum diibaratkan seperti menyelam 7 petala lautan dalam, 7 petala ribut taufan, 7 petala langit. Merentasi semua benua yang ada menggunakan hikmat Dewataraya!!

Di dunia ini dan di Alam yang Fana
*krik3*

Sekian.

Sunday, October 6, 2013

JENTERA BARU MASUK BERTANDANG


" Jentera baru masuk bertandang, Gua nak menyengat kasi setting cun! "
" Kasi sengaat!! "

Sekian.

Friday, October 4, 2013

SI KAKI BANGKU


Serius aku cakap, bab maen bola serius aku fail, sebab aku si kaki bangku
Tapi kalau bab malas aku juara liga planet-planet bersekutu.
Kalau kau orang nak lawan PM aku.

Sekian.