Thursday, June 21, 2012

SPONTANEOUS THURSDAY :: SOMEBODY THAT I USED TO KNOW


:|

HEADER OH HEADER !!

MONOLOG START

apa yang lain tentang blog fi ni adakah korang ternampak seekor pari yang sedang berenang-renang? atau pun korang ternampak paper final exam korang sedang melambai-lambai, maaf tu fi je yang nampak..haha, baiklah aku dah tukar header blog aku, dah bosan dengan yang lama untuk blog ni..
yeay!!
*krik...krik...krik

comel tak?
Pada mulanya  malas nak tukar header tapi takut idea tu lari bertempiaran, habislaa berterabur nak buat header baru nanti, sebenarnya header kali ini berkonsepkan kenangan, sebab aku sukakan kenangan, nostalgia retro yo!, bila terkenangkan tentang kenangan, ada ketika ia membuat aku sedih, ada ketika ia membuat aku rasa nak gelak sampai terguling - terguling sambil tendang kerusi, adakalanya ia membuat aku rasa nak marah *sambil pegang kapak*. Mungkin semua kenangan itu ada pengajaran, dan yang paling penting ia tidak akan kembali lagi atau ulang semula. Betul tak?

Header ni jugak, dibuat masa aku nak amek paper last final exam, sempat lagi kan masa study buat menda ni lagi, sebenarnya bukannya apa aku nak cari mood je nak study, tapi lepas je siap, masih belum dapat mood tu, tapi tak mengapalah final exam dah habis dan dah lepas.

" Yang lepas tu, Lepas jelah "

:)


Monday, June 18, 2012

PHOTO CANDID CONTEST by RUANGAN MONOLOG

MONOLOG START


Hurmm, fi rasa macam nak buat contest je, memang nak buat pun

contest ni senang jer

.:: CARA - CARA ::.

1. Buat entri di blog tentang gambar "CANDID" yang paling terbaik. 
2. Jangan lupa letak banner atas tu di Entri korang
2. Gambar hanya boleh di "EDIT" warna gambar, brightness dan contrass SAHAJA
3. Edit pakai instagram pun boleh 
4. Dah siap tinggalkan link di ruangan komen
4. Tarikh tamat 30 JUN 2012
.:: SYARAT - SYARAT ::.

1. Korang kena laa follow blog ak yang hanya bermonolog ini
2.  Klik sini
3.  Klik sini
4.  Klik sini
5.  Klik sini

.:: HADIAH ::.

VECTOR + PRINTED VECTOR + FRAME
dan akan dihantar ke rumah korang 


.:: CONTOH HADIAH ::.
hak milik khairulsyarafi arte 'e' design
" Jom join ramai - ramai "

:)

SELAMAT HARI LAHIR KAWANKU

MONOLOG START

Tpeat maksud fi tepat pukul 12.00 tadi bersamaan 18.3.2012 genapla umur kawan baik aku 19 tahun, dah tua ye ko amirul, semoga ko sentiasa berbahagia dan dicurahkan rahmat yang melimpah ruah.


hadiah vector je yang mampu aku bagi

tapi

nasib baiklaa aku sempat beli frame gambar tadi, dan nasib baik tak kantoi dengan kau masa kat kedai tadi, pandai tak aku cakap kat kau frame tu untuk mama aku, tapi sebenarnya untuk kau.

maaf ..

 kalau dah kantoi awal-awal tadi tak "SUPRISE"lah kan?, tercungap-cungap empatratuslimopuluhbelih aku nak jawab tadi, tapi nak jadi suprise jugak teraksa tipu

maaf ..

dan hasilnya

via instagram

amekkaw :D

"SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT"

:)

Friday, June 15, 2012

PRODUCT PRESENT

MONOLOG START 



Fuuh lega selepas sesi present product Bahasa Inggeris selesai dan berjalan dengan lancar, Alhamdulillah aku bermonolog sesaat, demonstration pun jadi, video promo pun jadi, sempat lah jugak cari ilham di McD autocity semalam, tapi bukan cari ilham sangat pun makan je yang lebih, 

Pada mulanya tak terfikir pun nak buat bom asap atau product kami yang bernama "SMOKE BOOMB". Kami hanya terfikir black market je, tapi datang pulak ilham aku nk buat bom guna bola ping pong.

Cakap pulak pasal bola ping pong ni, teringat pulak zaman-zaman di asrama, selalunya potong bola ping pong kecil-kecil kemudian letak di dalam kertas, kemudian bakar, sehingga keluar asap. Bila dah keluar asapnya, ini makannya, balinglaaa dalam Dorm budak lain pastu lari, berasapa satu bilik, bukan setakat berasap, busuk bau air kaki pun ada, pening!! baunya. 


sebahagian classmate lelaki aku


lagi...

gegirl classmate aku...


" semester 3 dah nak habis...kian terasa "

:)

Tuesday, June 12, 2012

MUNGKIN SUATU HARI NANTI

MONOLOG START

With my bestfriend a.k.a roomate

" Mungkin hari tua aku akan terkenangkan persahabatan "

:)

Sunday, June 10, 2012

PENDING KEJAP, BUFFERING SEBENTAR, NOT RESPONDING !!!

MONOLOG START

Electro Creature

Wah agak lama lah jugak aku tak update blog, agak kaku jali jemali aku nak menaip, agak liat sikit aku nak berfikir nak tulis apa, pending sebentar, buffering sebentar, atau boleh jugaklah dikatakan not responding, dan ia adalah satu keajaiban aku boleh update blog. Haha

haha
haha

dan

haha
haha
 
DEBUK!!
*tampar diri sendiri*

sebab kebiaasaanya perkara ini akan berlaku apabila nak update blog

 

Tarik nafas, angakat dagu dan senyum, alhamdulillah aku masih sihat, 2 minggu aku siapkan projek, satu kena reject, satu lagi tak function, hahaha takpa markah tetap ada :D, buat projek ni, memang betul - betul menbrainstormingkan aku, macam-macam aku dapat, :D.

Tapi satu masalah lagi belum selesai iaitu masalah kawan, susah nak bagi memuaskan hati kawan, kadang - kadang kita buat sehabis baik tetapi itulah jugak jalan paling tak elok bagi diorang.

BETULKAN??

tapi takpa kalau korang pernah berada di situasi ini jangan risau, sebab perkara pertama korang perlu buat adalah sentiasa berdoa, senjata utama tu, kedua jangan putus asa, dan ketiga ikhlas, senang disebut tetapi sukar dibuat, jangan terus berkata begitu belum buat belum tahu.

Malas nak cakap banyak nanti assignment tak siap

:')