Monday, December 17, 2012

KEMBALI

klik gambar nak gambar besau-besau
KEMBALI, Kembali Kepada Selamanya
KEMBALI, Kini ku Bangun Sedar dari Mimpi
KEMBALI, Kembali kepada petak pertama
KEMBALI, Ku Mahu Hidup 1000 Tahun Lagi
-BUTTERFINGER-

Memang benar aku budak-budak
Pengorbanan itu perlu
Rahsia jangan pecah belahkan
Nukilan Minggu terbaik
Tersemat di Hati yang menjadi Tanda Tanya
-by Syarafi-

:)

Monday, December 3, 2012

PEMENANG PHOTO CANDID CONTEST by RUANGAN MONOLOG


Assalamualaikum
Hari ni fi nak umumkan pemenang contest
Kalau ikutkan dah berabuk dah contest ni

maaf

maaf

dan 

maaf 

sebab lambat, maklumlaa sibuk, ada masalah teknikal sikit

LIST JOIN


tak ramai mana yang join tapi oklah, ada jugak yang join, terima ksih fi ucapkan

TERIMA KASIH BAGI YANG JOIN :)

OH!

lupa plak sapalah pemengan yang bertuah ni

dan

Pemenangnya Adalah


Gambar yang ditampilkan sememangnya candid, dengan gaya terkejutnya sampai fi pun terkejut .

Kepada Pemenang
Sila emelkan gambar yang ingin divectorkan, atau contact kat fb pon bole
Emel :: skyforce331@yahoo.com

P/S :: Maaf di atas kelewatan umumkan pemenang

Monday, October 29, 2012

TEMBAK TEPAT by IQBAL M

 #EH?

"Korang duk situ jap, kejap je, jangan gusar bila aku cakap sekejap, aku mahu tukar piring hitam, dengarkanlah, saksikanlah, bebaskanlah, katakanlah, hoyeahkanlah, mengakukanlah.
LAH!!"

TEMBAK TEPAT by IQBAL M

Menari dengar gendang tarian cina,
Papan tanda hilang petunjuknya,
Acu pistol dikepala,
Tarik picu,
Fokus tepat dan terus tembak,
Tembak Tepat.

Biar jatuh bidadari langit sujud kaki,
Takkan gentar jiwaku ini kentallah kau jangan peduli,
Mungkin belum sampai masanya,
Aku berdiri, teriak sakan, terima pujian,
Bila tarikhnya?
Aku tak pasti,
Yang pentng,
Tembak tepat

" Apa macam, ada macam, piring hitam lama, tiuuuung, baling, pecah berderai, tiada siapa kutip, biarkan sahaja kekal jadi memori. "

:)

Saturday, October 27, 2012

Friday, October 19, 2012

VARSITY

"klik, klik, klik"
*bunyi mouse*

"klik, klik, klik"
*bunyi mouse*

"klik, klik, klik"
*bunyi mouse*

akhirnya dapat jugak konsep, hoyeeeaah!! hoyeeeaah!!

Advanced Diploma in Mechatronic
 akan tetapi

akan tetapi

akan tetapi

aku rasa kan best kalau boleh buat baje ke jaket ke pastu design lagu nih dan lagu tuh

Just a Concept
"HaHaHa"

Ba, Ba, Ba, Ba,

Ju, Ju, Ju, Ju,

*Kaset lekat*

Friday, October 12, 2012

PENEMAN SEJATI TUAN HAMBA


Assalamualaikum semua pembaca blog beta,
 
" HaHaHa"
 
Berangan menjadi pemerintah, tapi takut nak jadi pemerintah sebenar, takut tidak adil. Baik aku bersandar pada kerusi kekenyangan bersama-sama peneman tuan hamba.

1. Sudah semstinya myWonder, tak boleh online, main game, tension-tension dengar lagu, tension sangat baling je phone ni kat dinding, tahan lasak kot!,

"HaHaHa"



2. Laptop aku lah, tanpa nama, semakin tua umurnya, semakin uzur, keluar da hipotesis sains yang tak seberapa aku, tanpa dia takdaklah tempat aku luahkan contengan bakat aku . Tak boleh online, main game, tension-tension dengar lagu, tension sangat cucuk screen laptop dengan pen ZEBRA. Tembus tak mengapa, ganti screen baru, duit banyak


"HaHaHa"


via Instagram
3. PSP aku, yang nilah hadiah aku ketika PMR, yang ni jugaklah peneman aku paling lama, sejak form 4, hadiah PMR lah katakan, banyak dah aku mengembara dan melihat dunia bersama-samanya. Tiba -tiba, tak boleh main game, dengar lagu, tension sangattekan je butang sampai tenggelam, rosak beli baru.


"HaHaHa"
via Instagram
"Gelak banyak Jiwa MATI!"

so?

Jom sama-sama dengan rentak kita gelak ramai-ramai,

"Hoyeaaah-Hoyeaaah!"
*nada cina*

Monday, October 8, 2012

THE FORGOTTEN

KHAIRULSYARAFI ARTE E DESIGN
The Forgotten

Forgotten People atau bahasa saintifiknya, orang yang telah dilupakan. Ish bahaya ni! Sebab apa aku cakap seperti itu. Memang benar kau orang dah mencapai segala kehendak kau orang. Memang benar kau orang dah bahagia. Memang benar kau orang dah sentisa gembira. 

"Memang benar kau orang...."

"Bla...Bla...Bla"
*membebel sorang-sorang*

Tetapi dalam-dalam perkataan "memang benar" tu, kau orang lupa akan orang yg telah bersusah payah membantu kau orang. Mereka dah jadi The Forgotten dalam hidup kau kan. Takpa janji kau orang dah bahagia. Jangan anggap mereka hanyalah penyeri hati kau orang ketika kau orang susah. Mereka punyai perasaan. Cukup kompleks perasaan itu sebenarnya. 

The Forgotten memang selalu diam, tapi hakikatnya mereka menahan, menahan dan terus menahan. Jadilah pengembara. Tetapi sebelum mengembara, timbalah ilmu secukupnya. Aku tak nak kata lebih-lebih, sapa makan cili terasa pedasnya, sapa makan gula-gula terasa kemanisannya. 

"In strategies there is diversion, I'm only the diversion"

"HaHaHa"

Sunday, October 7, 2012

BUKAN SELAMA-LAMANYA

Random Sketch
Tak selama-lamanya
Kalau JAHAT, tidak semestinya selama-lamanya JAHAT. Kalau TERUK, tidak semestinya selama-lamanya TERUK. Kalau Si Pemalas, bukan selama-lamanya Si Pemalas. Kalau FOBIA, bukan selama-lamanya FOBIA. Kalau GEDIK, bukan selama-lamanya GEDIK. 

Pandai tidak semestinya Pandai

 Bodoh tidak semestinya Bodoh

Tiba-tiba bunyi jam berdetik satu - satu aku dapat dengar dalam suasana hingar. Aku capai pistol magnum di atas almari. Baersedia atau tidak kita tembak saja jam itu!! Baiklah, tarik nafas dalam - dalam jangan duduk dengar aku berimaginasi buta.Pergi buat assignment sekarang. Aku cepuk kang. HaHaHa. Aku gurau saje. Ops...Ops...Ops
*tutup mulut, buat muka cute*

Lompat

Lompat

Lompat atas katil sambil minum air, Jatuh katil tersedak air. Lompat balik. Tak belajar langsung dari kesilapan. Tak apa janji tension lepas!, HaHaHa
*tiba - tiba*

Pengalaman doe, pengalaman

"HaHaHa"


Saturday, October 6, 2012

CERITERA PEMAIN PING PONG

Figure 1.1
 *Sempat lagi update malam - malam buta yang tak buta sangat ni*

Tiba-tiba sahaja, hati ni terbuka nak main ping pong, bukan pening pong, HaHaHa, petang - petang perkara yang selalu bermain - main di fikiran.

"Main, Main, Main, Main!!"

segera aku memberi respon padu

"Argh!!!!!!!"

Tukar seluar, pakai baju MAIN, pakai tracksuit CHEETAH, kasut WARRIOR, Sambil pegang BAT ping pong BUTTERFLY. Satu persatu berjalan langkah kecil sepa ntas siput tengah berlari-lari melalui blok demi blok asrama, kepala masih penuh dengan masalah,terserempak je dengan orang mesti MENJERIT memanggil-manggil macam orang gila kelaparan MEGI. Peramahlah sangat mitosnya. kita bersusah payah jaga hati orang. Tapi orang tak ambik kisah. Tak apa janji korang bahagia. Sesetengah je.

Tak kira petang, siang dan malam. Kalau boleh subuh pun nak main, Kalau kena PSYCHO cket jiwa memberontak libasan maut dengan penuh semangat jiwa dan raga basikal dibagi, tapi apakan daya tak lepas net. Kalau pukul kuat sikit bola jauh melambung-lambung. Kalau pukul SLOW sikit, memang slow bebenorlah ye bola melambung. Kalau......

"Banyak betul KALAUnya"

"Kalaulaaah aku kentut je kuar emas"

"HaHaHa"

Hati tenang, jiwa kosong, memang sengaja ingin dikosongkan.
NO MIND

kalau hati tak tenang jugak, macam biasalah
Bawak diri, senyum, press minyak steady dan slow - slow, ikut arah angin, hilang masalah
 SEKEJAP
SEKEJAP JE
SEKEJAP JE LA
LAAA SEKEJAP JE

"CERITERA SI PEMAIN PING PONG"
*RUJUK FIGURE 1.1*
 
"HaHaHa"

 

Thursday, October 4, 2012

CERITERA KHAIRULSYARAFI

KHAIRULSYARAFI
Aku dah start lancar balik, type pakai keyboard ni, walaupun keyboard ni melekat je kat laptop aku ni, HaHaHa, tak banyak pun aku gelak, tiga kali je, tiga kali je, tiga kali je, ulang pon dah tiga kali je, 

nampak tak permainanya?

 Ulang - alik, Ulang Alik, Ulang Alik, duduk depan laptop, pakai jaket biru JTM, bunyi kipas macam cengkerik tengah menyanyi lagu RAP, pandang kiri jumpa kertas pink, pandang kanan jumpa kertas warna biru. Angkat "MOUSE", ambik kertas assignment dijadikan pulak "MOUSE PAD", memang serasi, macam air sarsi. Tiba - tiba rasa nak minum air sarsi pula.

(tiba - tiba) Janji ada Saksi (tiba - tiba)

Macam biasalah,buang jaket JTM, buang sut attromen pakai balik baju MONSTER, helmet SGV, tutup VISOR takda rupa, naik motor plate CAP, tiada lagi mood GHOST RIDER, bawak motor macam APEK pulang petang ke rumah. Macam tak biasa, baju yang di pakai, terkebil-kebil melawan arus angin kentut RIDER motosikal yang lain. Muka aku tahan je. Sesetengah je.

SO?

Bawak diri, senyum, press minyak steady dan slow - slow, ikut arah angin, hilang masalah SEKEJAP
SEKEJAP JE
SEKEJAP JE LA
LAAA SEKEJAP JE

"CERITERA KHAIRULSYARAFI"
"HaHaHa"


Tuesday, October 2, 2012

CERITERA ATTROMEN TECHIK

Attromen Techik
Blog ni dah berhabuk, bukan stakat habuk debu tapi habuk biskut pun ada
maklumlaa sibuk

 Dalam - dalam sibuk tu ada laa jugak, berkarya macam orang gila meminta hantar balik rumah, aku pun apa lagi hantar jelaa kan an kan an kan, seni - seni lah jugak, kerja ko apa cer?, kali ke seratusempatbelas kali sembilanpuluhsembilan dah aku pesan jangan malas - malas, jangan ditangguh-tangguh. sekarang tengok sapa merana? OMG! makan goreng pisang lah jawabnya

 Macam - macam ragam rupanya manusia ni, kawan oh kawan, hampa semua memang uji aku, 
ops silap!! bukan korang tapi yang maha esa. Takpa - takpa janji korang bahagia, Korangkan suka, takpa - takpa janji korang bahagia, hidup aku ngan rumate aku je, takpa - takpa janji korang suka, letak je ni haaa atas bahu aku masalah yang takda kena mengena dengan habuk biskut aku, takpa - takpa janji korang bahagia. sesetengah je

SO?

 Naik moto Ghost Rider no plate CAP, bawak motor laju - laju macam GHOST RIDER, sweater hijau MONSTER melambai - lambai kencang melawan angin asap lori, SGV aku lagi suka, tak rupa perasaan dan juga jiwa, kosong dan tiada masalah, selamat pun selamat, aku suka :)

Bawak diri, senyum, press minyak steady dan slow - slow, ikut arah angin, hilang masalah SEKEJAP

SEKEJAP JE
SEKEJAP JE LA
LAAA SEKEJAP JE

"CERITERA ATTROMEN TECHIK"

"HaHaHa"


Friday, September 14, 2012

SEMBILAN BELAS

12.09.2012

laju gila masa tak sempat kejar masa kot!!
takpa
umur tua, muka muda 
 ops, ops, ops!!

 #HappeningSeptember

seperti biasa aku akan lawat kesemua blog seni kawan-kawan aku WLA yg dulu
......hurmmmm......
Alhamdulillah mereka semua semakin naik :')
 maaf aku sukar untuk naik bidang seni
banyak  benda nak ditumpu
Aduh!!

Friday, August 31, 2012

#Merdeka!!!

:)

..................................................
Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
..................................................
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi
..................................................
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
..................................................
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa
#MatiHidupKembali

 Mendapat ikhtibar dari Merdeka atau hanya keseronokan semata-mata, soalan kipas susah nak mampus untuk korang. Haa jawab cepat!.

..................................................
TUKAR TOPIK!!
..................................................
 malam ni jugaklah yang menjadi tempat melepaskan tension dengan melihat suasana riuh, macam ragam, macam bicara, satu je sama warna rambut 

:D

MERDEKA!!
 

Friday, August 24, 2012

PERUBAHAN PIRING HITAM


PIRING HITAM DISEDIAKN


Dalam dunia mesti berlakunya perubahan,
Jika tidak orang sekeliling,
Kawan kita
Jika tidak Kawan kita,
Mungkin Keluarga kita
Jika tidak Keluarga kita,
Mungkin Suasana sekeliling kita

Ataupun "DIRI" sendiri

Sebahagian Diri Kita

Sifat Semulajadi Dunia

Tiada satu yang kekal melainkan-NYA 

:)

Monday, August 20, 2012

#OhMyRaya 2




#OhMyRaya 2

Raya kedua dah menjelang, sekejap je masa berlalu


SAPA MAIN MERCUN POP POP NI!! :3

HEADER BARU :3

NI JELA AKTIVITINYE :3

PERGH NAIK BASIKAL BELI AIR BATU, BOCOR PLASTIK KENA TAYAR

SAMPAI PUN TETAMUNYA :3

AKHIRNYA DAPAT PUN DUIT RAYA
Esok destinasi lain pulak :3

Sunday, August 19, 2012

#OhMyRaya1


PICIT GAMBAR KUAT-KUAT KALAU NAK TENGOK BESAR-BESAR

Assalamualaikum
SALAM LEBARAN SEMUA
dah berhabuk tahap lemang hangus dah blog aku ni, setelah sekian lama menyepi maka hari bolehlah jugak fi update blog yang dah lapuk bak lemang hangus ni, jadi macam mana dengan raya korang, banyak tak duit raya yang korang dapat, berapa puluh riban, sampul duit raya warna ape, kalau korang nak mintak duit raya dapat sampul duit raya jela macam dalam kad raya fi buat di atas tu

Baju raya fi tahun ni coklat ye :D

Tahun ni fi raya balik rumah je, tak balik kampung pun, ayah fi keje, syahdu pun ado laa jugak rasonyoo, tapi nak buat camana, kian hari, hari makin berubah, jadi walaumacamanapun pun pun fi kena biasakan diri, sabar jelaaaa.

#OhMyRaya
kompilasi gambar raya pertama

BUKAN MANDIKAN ADIK NI, TENGAH BASUH KERETA :P

KASUT RAYA BELI KAT BUNDLE
LAYAN LAGU NI MALAM RAYA SEMALAM
KUCNG AKU PUN NAK RAYOO JUGAK
#OhMyRaya

P/S :: PEMENANG UNTUK CONTEST FI MASIH DALAM PROSES YE

Sunday, August 5, 2012

#MukaMintakPenampar

klik kalau nak tgk high quality yep!!
Selamat pagi semua, amacam hidup korang happy tak?. semalam aku dapat RT dari Monoloque, 

sungguhkutaksangkka
#MukaMintakPenampar

ok di pagi yang mulia ini aku nk post pasal design kat atas ni, kawan aku request nak buat kartun mixed-up ngan gambar betul jadi inilah hasilnya, gamba ni ada ala-ala Monoloque x?, kawan aku ni pun peminat fanatik Monoloque tau 

:3

gambar asal
 Ini adalah gambar asalnya, aku amek pakai GWonder aku jer, time ni masa nk pegi terengganu lawan Robocon. Cun tak?

Oklah everibadi, aku nak pi layan lagu Monoloque jap
Assalamualaikum :3

Saturday, August 4, 2012

Thursday, June 21, 2012

SPONTANEOUS THURSDAY :: SOMEBODY THAT I USED TO KNOW


:|

HEADER OH HEADER !!

MONOLOG START

apa yang lain tentang blog fi ni adakah korang ternampak seekor pari yang sedang berenang-renang? atau pun korang ternampak paper final exam korang sedang melambai-lambai, maaf tu fi je yang nampak..haha, baiklah aku dah tukar header blog aku, dah bosan dengan yang lama untuk blog ni..
yeay!!
*krik...krik...krik

comel tak?
Pada mulanya  malas nak tukar header tapi takut idea tu lari bertempiaran, habislaa berterabur nak buat header baru nanti, sebenarnya header kali ini berkonsepkan kenangan, sebab aku sukakan kenangan, nostalgia retro yo!, bila terkenangkan tentang kenangan, ada ketika ia membuat aku sedih, ada ketika ia membuat aku rasa nak gelak sampai terguling - terguling sambil tendang kerusi, adakalanya ia membuat aku rasa nak marah *sambil pegang kapak*. Mungkin semua kenangan itu ada pengajaran, dan yang paling penting ia tidak akan kembali lagi atau ulang semula. Betul tak?

Header ni jugak, dibuat masa aku nak amek paper last final exam, sempat lagi kan masa study buat menda ni lagi, sebenarnya bukannya apa aku nak cari mood je nak study, tapi lepas je siap, masih belum dapat mood tu, tapi tak mengapalah final exam dah habis dan dah lepas.

" Yang lepas tu, Lepas jelah "

:)


Monday, June 18, 2012

PHOTO CANDID CONTEST by RUANGAN MONOLOG

MONOLOG START


Hurmm, fi rasa macam nak buat contest je, memang nak buat pun

contest ni senang jer

.:: CARA - CARA ::.

1. Buat entri di blog tentang gambar "CANDID" yang paling terbaik. 
2. Jangan lupa letak banner atas tu di Entri korang
2. Gambar hanya boleh di "EDIT" warna gambar, brightness dan contrass SAHAJA
3. Edit pakai instagram pun boleh 
4. Dah siap tinggalkan link di ruangan komen
4. Tarikh tamat 30 JUN 2012
.:: SYARAT - SYARAT ::.

1. Korang kena laa follow blog ak yang hanya bermonolog ini
2.  Klik sini
3.  Klik sini
4.  Klik sini
5.  Klik sini

.:: HADIAH ::.

VECTOR + PRINTED VECTOR + FRAME
dan akan dihantar ke rumah korang 


.:: CONTOH HADIAH ::.
hak milik khairulsyarafi arte 'e' design
" Jom join ramai - ramai "

:)

SELAMAT HARI LAHIR KAWANKU

MONOLOG START

Tpeat maksud fi tepat pukul 12.00 tadi bersamaan 18.3.2012 genapla umur kawan baik aku 19 tahun, dah tua ye ko amirul, semoga ko sentiasa berbahagia dan dicurahkan rahmat yang melimpah ruah.


hadiah vector je yang mampu aku bagi

tapi

nasib baiklaa aku sempat beli frame gambar tadi, dan nasib baik tak kantoi dengan kau masa kat kedai tadi, pandai tak aku cakap kat kau frame tu untuk mama aku, tapi sebenarnya untuk kau.

maaf ..

 kalau dah kantoi awal-awal tadi tak "SUPRISE"lah kan?, tercungap-cungap empatratuslimopuluhbelih aku nak jawab tadi, tapi nak jadi suprise jugak teraksa tipu

maaf ..

dan hasilnya

via instagram

amekkaw :D

"SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT"

:)

Friday, June 15, 2012

PRODUCT PRESENT

MONOLOG START 



Fuuh lega selepas sesi present product Bahasa Inggeris selesai dan berjalan dengan lancar, Alhamdulillah aku bermonolog sesaat, demonstration pun jadi, video promo pun jadi, sempat lah jugak cari ilham di McD autocity semalam, tapi bukan cari ilham sangat pun makan je yang lebih, 

Pada mulanya tak terfikir pun nak buat bom asap atau product kami yang bernama "SMOKE BOOMB". Kami hanya terfikir black market je, tapi datang pulak ilham aku nk buat bom guna bola ping pong.

Cakap pulak pasal bola ping pong ni, teringat pulak zaman-zaman di asrama, selalunya potong bola ping pong kecil-kecil kemudian letak di dalam kertas, kemudian bakar, sehingga keluar asap. Bila dah keluar asapnya, ini makannya, balinglaaa dalam Dorm budak lain pastu lari, berasapa satu bilik, bukan setakat berasap, busuk bau air kaki pun ada, pening!! baunya. 


sebahagian classmate lelaki aku


lagi...

gegirl classmate aku...


" semester 3 dah nak habis...kian terasa "

:)

Tuesday, June 12, 2012

MUNGKIN SUATU HARI NANTI

MONOLOG START

With my bestfriend a.k.a roomate

" Mungkin hari tua aku akan terkenangkan persahabatan "

:)

Sunday, June 10, 2012

PENDING KEJAP, BUFFERING SEBENTAR, NOT RESPONDING !!!

MONOLOG START

Electro Creature

Wah agak lama lah jugak aku tak update blog, agak kaku jali jemali aku nak menaip, agak liat sikit aku nak berfikir nak tulis apa, pending sebentar, buffering sebentar, atau boleh jugaklah dikatakan not responding, dan ia adalah satu keajaiban aku boleh update blog. Haha

haha
haha

dan

haha
haha
 
DEBUK!!
*tampar diri sendiri*

sebab kebiaasaanya perkara ini akan berlaku apabila nak update blog

 

Tarik nafas, angakat dagu dan senyum, alhamdulillah aku masih sihat, 2 minggu aku siapkan projek, satu kena reject, satu lagi tak function, hahaha takpa markah tetap ada :D, buat projek ni, memang betul - betul menbrainstormingkan aku, macam-macam aku dapat, :D.

Tapi satu masalah lagi belum selesai iaitu masalah kawan, susah nak bagi memuaskan hati kawan, kadang - kadang kita buat sehabis baik tetapi itulah jugak jalan paling tak elok bagi diorang.

BETULKAN??

tapi takpa kalau korang pernah berada di situasi ini jangan risau, sebab perkara pertama korang perlu buat adalah sentiasa berdoa, senjata utama tu, kedua jangan putus asa, dan ketiga ikhlas, senang disebut tetapi sukar dibuat, jangan terus berkata begitu belum buat belum tahu.

Malas nak cakap banyak nanti assignment tak siap

:')


Monday, May 7, 2012

FRESH START AGAINS :3

MONOLOG START

Salam Blogger 
Wah wah wah dah lama fi tak update blog, agak sibuk sikit sejak kebelakangan ini jadi kn ubah balik kot blog ni tapi perlukan masa. Idea tu dah ada. Nama blog ni pun fi ubah jadi "Ruangan Bermonolog", no more raja typo :3, no more superfi, hahahachuuum!!, Header pun dah baru, ok tak, ok tak, ok tak sambil buat muka cute mintak pelempang, 

Nanti cunti, ops cuti hari minggu ni mungkin nak trylaa edit template, duit poket fi pun da kering tunggu duit loan masuklaa agaknya, nak dekat dah!!, tapi perlu berjimat gila, untuk kebaikan masa hadapan jugak!!, tapi nafsu nak makan dan nafsu nak bli topi fullcap membuak-buak. Al-maklumlaa tak pernah beli topi fullcap, haha, 

Sunday, April 29, 2012

CONTRIBUTE TO MY FRIEND

Salam Super Reader 


this photomanipulation us to contribute to my friend

just a quick photo manipulation so banyak laa cacat nya

#sedang menamatkan riwayat sebuah epal..kah3!! >..<