Wednesday, January 22, 2014

KECHEK OOOO KECHEK

 Kechek ooo kechek. Itulah nama panggilan atau timangan sejak aku sekolah menengah lagi. Haha memang tak boleh nak lari dengan gelaran itu dengan tubuh badan aku yang rendah ni. Ye laa nak lari kemana lagi, nak lari ke hutan belantara. Takda lah aku nak lari ke hutan baik aku buat duit lagi best.

haha

Sewaktu aku di institut pun jugak orang panggil aku kechek. Rindu pun ada. Terngiang-ngiang merdu pulak jadinya bila dah sebati dengan panggilan ni. Rindu kawan-kawan seperjuangan. Sama juga sewaktu berpraktikal di kilang. Seperti biasa orang pun panggil aku kechek. Sampaikan satu tahap, bila ada je manusia bertanyakan nama. Aku menjawab dengan nama betul aku dan secara automatik aku suruh diorang panggil je aku "Kechek".

*kedengaran gelak sinis*

Sekarang hidup aku penuh dengan aktiviti troll-mentroll. Istilah baru. Mungkin?. Yelah! kawan-kawan aku semua dah start kerja di kilang-kilang hebat! Aku? kerja kedai 'Phone" sudah memadai. Yang penting ilmu dan keseronokan sewaktu bekerja. Bila kerja kedai phone, banyak betul kerenah customer yang bajet-bajet macam tahu tapi tak pun.

 Mula-mula depa sembang bergegar kedai. 
*depa bajet serba tahu*

Aku balas balik begegar satu Temerloh.
*kita tanya balik soalan yang depa tak tahu*

" Ada bran ? "

Sebab tulah orang cakap, nak cakap sesuatu kena tengok orang. Tengok orang bukan guna mata. Guna mata hati. 

Macam praktis Kung-fu da.

Tak tahu diam, Kalau tahu pun lebih baik diam.

Win-Win Situation

Terdapat kelibat Phone berharga RM99
Harga Murah dan sudah terang lagikan bersuluh phone sebijik macam nokia 3310

Kastemer : Phone ni boleh masuk air ?
Aku : Boleh je, Isi dalam plastik, Ikat, Selam.

Aku dan kastemer saling pandang memandang sambil bersenyum-senyum kambing dan merenung ke masa hadapan.

Aku pun dah lari tajuk ni.

Aku nak mintak pendapat korang nama yang sesuai kalau nak branding.

Boleh ?

Sekian.

16 comments:

  1. dulu masa sekolah pun kengkawan penah panggil fiza kecik..haihh tak kan nak lari ke hutan kan..untung pun badan kecik..awet muda tu..hehehe.nama "Fi Arte E Design"..okay ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaha sama laa kitaa...fi da ada kata putus.. khairulsyrafi art e design :)

      Delete
  2. letak aje nama sendiri (pilihan terakhir).. kalau letak nama kechek, dah banyak orang guna..kechek photography, kechek resepi.. dan pelbagai kechek akhirnya jadi besar..kelak mengelirukan orang nanti. jadi buatla jenama yang betul2 komesial untuk dikenali :D

    **kalau jenama sama,

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong sokong sokong! memang penerangan thorrbaek arr!! :D

      Delete
  3. <--- budak pacak tapi rambut dah turun haha aku suggest nama " THE SMALL RANGER" Kbai

    ReplyDelete
  4. Kechek tu nama famous kot, sng ingat. Jika berkesempatan jenguk2 lah ke blog saya doknganga.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. time skolah rendah dulu ada sorang kawan tu orang panggil "pendek" sebab dia paling rendah.
    Bila masuk skolah menengah tiba2 dia jadi tinggi dan akhirnya gelaran tu hilang bagai debu pasir ditiup angin monsun Timur laut.
    sekian cerita saya

    ReplyDelete
  6. Haha part customer bajet tahu tu,teringat pula masa kerja tahun lepas. Fy kerja di apple premium reseller store,ada satu hari tu ada mamat ni masuk dengan member dia,bukan main lagi borak depan iMac,lepas tu terdengar dia cakap.."Ni pakai windows 8 ni." Sakit perut tahan ketawa. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahahaha memang tak leh blah..kitta plak yang nk kena terangkan pastuu OOOOOO...ahahaha yang lgi takleh blah jenis pompuan bajet hot n gedik ckkp itu ini kedai ni tak best laa apalaa...blah sudahh arr

      Delete
  7. saye tak pandai nak suggest name ntuk branding ni..tp betul kate cik kot,klu nama penuh sendiri nampak lagi presentable.
    tp tp jugak,klu dah ada nama pemes tu pun cun gak,hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. fi da buat kata putus nak pakai khairulsyarafi arte e design :)

      Delete