Thursday, January 2, 2014

2014 : FLASHBACK HEADER CAP KUACI

 Entri pertama bagi tahun 2014.

Nak buat azam tapi azam tahun lepas tak habis lagi..

" Azam aku ? "

"Jadi aku berazam mahu menghabiskan azampada tahun 2013 yang diazamkan mahu menghabiskan azam pada tahun 2012, di mana azam-azam tersebut dibuat pada tahun 2011. "

haha

Entri awal tahun kali ni aku tak nak imbas kembali tahun 2013 sahaja. Aku mahu luaskan skop aku. Aku nak imbas semua sekali. Aku nak imbas Header aku dulu. Bila aku bukak balik portfolio aku lama-lama, aku gelak sorang-sorang kuat-kuat!

HEADER TAHUN 2013
#1 : Bertemakan Ruang Monolog aku buat satu karya adaptasi dari karya agung band "Butterfinger". Gua bagi respek tahap 5 bintang band ni. Sungguh memberi inspirasi pada aku. Inspirasi berdarjat. Darjat Tertinggi.


#2 : Yang ini pula sebenarnya asalnya poster untuk hari raya. Tapi mahu dijadikan ceritera kebarangkalian jadi pula header blog. Salah satu agenda aku mahu bermanipulasi gambar sebenarnya. Takda agenda takda poster. Tak wujud poster, tak wujud header yang sedang bermaharajalela di blog aku ni.

HEADER TAHUN 2012

#1 : Teringat pula zaman-zaman pergi jamming dengan kawan-kawan. Kami snap-snap gambar. Dalam 1000 gambar dapat 1 gambar lawa takdak muka. Datang idea. Dengan olahan manipulasi gambar. Terhasil satu karya

#2 : Yang ni header berlandaskan cebisan memori-memori aku je. Semoga memori-memori aku tak hilang.

 #3 : Sebenarnya yang ini evolusi dari header atas. Diupgrade sikit je :)


#4 : Waktu ini blog aku bukan nama 'Ruang Monolog', masa ni zaman 80-an lagi. Haha. Nama Blog aku 'Blog Raja Typo'. Sebab masa ni aku paling banyak typo dalam group WLA. Sempena tu aku ubah nama. Dapat nama Superfi. Tapi itu Dulu. Dulu.


#5 : Yang ni aku tak pasti untuk header blog ke FB. Sebab yang ni aku guna sekejap je sebab aku macam tak berkenan je. Reject! Reject! Reject!

HEADER TAHUN 2011
#1 : Waktu ni zaman header besar gedabak, chat box dekat header. 'Jiwaku' nama blog aku. Zaman kegemilangan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Tema superhero barangkali waktu ini. Rindu gila. Gila pun tarak Rindu.

 #2 : Serupa jugak header diatas. Besar Gedabak. Chatbox kat header. Warna Warni. Meriah pom pam pom pam. haha. Masa ini pemkiran aku 3D sedikit. Semua belajar sendiri tarak cikgu punya.


#3 : Header paling lama ni. Legend. Siap menang award dari blogger dulu header ni. Simple is Better right!. Tapi ada lagi header lagi lama usia dari ini. Aku lupa dah buh mana. Haha
 ------------------------------

Setakat ini jelah header aku nak tunjuk. Banyak lagi tapi tak terdaya kudrat tangan aku nak taip panjang-panjang. Internet bukan kuasa 99 ni tapi kuasa 0.009. Nak upload banyak-banyak boleh meletup Modem nanti.

Semua ini hasil usaha aku Belajar sendiri di laman sesawang je. Tak ada Guru. Guru aku macam biasa En. Google je. Lu mau, Lu usaha. Prinsip aku. Kalau tanya aku jawab dengan ikhlas je. Cuma kalau tanya sampai nak mintak tolong aku suapkan, aku jugak nak kunyahkan. Malah Telan pun nak aku jugak. Tak Patut-Tak patut.

" Pesanan Aku "

*kantoi aku iron meng...

Sekian.

16 comments:

  1. header Fi semua best. macam nak letak semua sekali je ha. paling suka Superfi tu.
    amboi...camera360 ey...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak best pon sbb tu tukar2..hahaha
      ada yang kata vscocam pon ye jugak..ahaha :P

      Delete
  2. cayala.. kompilasi header terbaik sepanjang zaman..

    wa respect keje lu. salute

    ReplyDelete
  3. bagi aku semua header fi lawo lawo weh ! mana ada yang buruk. Haa cepatlah kembang ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboih =__=''.. nuk suruh fi kembang besar mana ni ??

      Delete
  4. header semua kretip. lain dari yg lain. nampak otak yg jenis neuron berselirat haha. bila review balik koleksi lama mmng nostalgik

    ReplyDelete
  5. header semua gempak beb..kool gila boleh belajar sendiri..
    aku nak belajar kaler guna apps pun termengah2..

    btw, aku suka header paling atas sekali..macam tak boleh nafas tgk..kehkeh

    ReplyDelete
  6. semua header smart
    kreatif sgt2 *kagum*

    @Keri Ikhwan:"otak yg jenis neuron berselirat" <-- setuju haha

    ReplyDelete
  7. semua superb bertemakan retro vintage classic gitu dengan phot manipulate lagi..good artwork Fi!

    ReplyDelete
  8. dik akak nak tempah kek ko boleh dok? huhuhuhu....

    ReplyDelete
  9. sememangnya bro pakar dalam grafik

    Kepada pembaca lain,sila la lawat laman saya disini,banyak info yang anda belum tahu>>klik sini :-)<<

    ReplyDelete