Adakah anda terkejut, ataupun anda tergaman, ataupun anda tersentak ataupun anda terpun pun, haha, Jangan risau aku ada sediakan ubat pelali cap anak gajah dibelah dua, supaya kasi hilang perasaan pun-pun korang tu. Baru syok nak baca entri syok-lah sangat ni kan?
*mainan mimpi jela*
Sempana 2013 ni, eh sempana pulak, cepat tenung aku sampai terbakar disebabkan kesilapan aku durjana ni!! haha. Baiklah, Sempena tahun baru ni aku pun nak juga benda baru.
Maklumlah, kan ada kasut baru, baju sekolah baru, beg sekolah baru, pensel warna LUNA besar lagi tuh. Pemadam besar siap ada lambang negara lagi tuh, Dahsyat! Dasat! Dahset! Pui! Haha.
*adik aku la, bukan aku laa*
Aku pun nak jugak benda baru, Duit takdak, jadi kenalaa buat benda baru buat Sendirian Berhad jelaa, janji ada, bersyukur sudah
Jadi!
*muka tahan berak*
Dengan Ini!
*muka tahan kentut*
Aku buat jelaa header baru. Tu je aku nak cakap sebenarnya. Nak tengok tak header baru aku, Tak Payah! tu besau-besau dah ada kat atas tuh tuh tuh tuih!!
SIKIT-SIKIT TENTANG HEADER
*tiba-tiba* sikit-sikit lama-lama jadi bukit! *tiba-tiba*
 |
Kick Buttowski!! |
Header kali ni aku nak selaraskan dengan nama Blog aku "Ruang Monolog", Header ni menerangkan orang yang sedang bermonolog dan bergelumang dengan masalah. Dalam masalah itu terdapat orang ketika menambah lagi masalah. Orang ketiga mewakili tangan yang menutupi muka. Posisi tangan silang Tuan Punya Badan pula mewakili kekuatannya untuk melawan masalahnya. Sekian
Gambar Stock yang Digunakan
Sikit je gambar stok yang aku guna, sebab "MALAS" haha, janji dah siap dan puas hati secuku rasa
Sekian sahaja dari aku.
Selamat Tahun Baru 2013 sekali lagi
*=__=*